Thursday, June 09, 2016

Ada Yang Marah Saya Kata "Kenduri Kawin Bukan Guna Duit Hantaran Lelaki", Mari Saya Bagi Cadangan - Perunding Hartanah


Setiap pasangan yang berkahwin, sudah semestinya menginginkan yang terbaik pada hari perkahwinan mereka, ada yang mahu dilakukan besar-besaran sehingga memerlukan belanja puluhan ribu ringgit dan ada yang tidak kisah mengadakan kenduri ikut kemampuan sendiri.

Ada juga keluarga pihak pengantin perempuan meletakkan harga hantaran yang tinggi tanpa memikirkan masa depan anak mereka sendiri dan ada juga segelintir ibu bapa pihak perempuan menggunakan wang hantaran untuk diadakan kenduri.

Ketahuilah yang menyediakan kenduri kahwin itu sebenarnya tanggunjawab ibu bapa, tidak kisah lah mampu atau tidak, jika tidak mampu, adakan kecil kecilan berdasarkan kemampuan kita.

Ini kerana wang hantaran berkenaan seeloknya dirancang untuk kehidupan anak selepas berkhawin dan tinggal bersama psangan mereka iaitu menantu kita sendiri.

Dikongsikan panduan untuk menguruskan wang hantaran sebaiknya oleh perunding hartanah, Saudara Azizul Azli Ahmad, beliau terlah berkongsikan satu tips yang cukup berguna kepada pasangan yang baru atau akan berkahwin diluar sana.

Jom kita baca.


PANDUAN GUNA DUIT HANTARAN

1. Bila ada yang marah marah dan hantuk kepala bila saya kata "Kenduri Kawin Bukan Duit Hantaran Lelaki", izinkan saya beri cadangan.

2. Jika hantaran kita RM15 000, takkan kita habiskan dengan sewa khemah, tempah baju, makan tetamu dan bayar juru foto saja.

3. Semua itu tiada dalam rukun nikah sebenarnya. Lebih tak malu duit itu habis dalam sehari, lepas kenduri duduk rumah sewa atau balik rumah mertua.

4. Tidur atas tilam lipat, pelamin sewa semua dah tak ada. Belum kira hutang yang berjela jela.

5. Tetamu makan tak habis buang merata rata. Bakal suami himpun duit RM15 000 sampai nak keluar biji mata, minum air suam digerai itu dah biasa.

6. Belajar rasa malu guna duit orang lain untuk bermewah dan bermegah. Kenduri itu 'kewajipan' ibubapa atas rasa syukur anak kita telah diijabqabulkan.

Jika tak mampu kata Ustaz Kazem buat makan nasik lemak sahaja

7. Cadangan saya, jadikan hantaran itu sebagai deposit rumah pertama. Bagaimana caranya?


8. Beli rumah flat di Bangi, Kajang dan Damansara Damai. Masih ada rumah bawah RM100k lagi.

9. Deposit yang kita perlukan cuma RM10,000 sahaja (10%).

10. Bayaran lawyer, jurunilai, setem hasil sekitar RM3700 sahaja. Jumlah semua RM13700 dan masih da baki RM1300 lagi.

11. Pujuk abah atau wali jika abah dah tak da lagi mintak tambah RM700 bagi jadi RM2000.

12. Beli nasi ayam madu yang harga RM5 untuk 200 tetamu kita. Pacak satu khemah pun tak mengapa. Buat dua jenis air panas dan sejuk saja. (RM1000)

13. Jemput sedara terdekat, ahli surau kita dan jiran tetangga dekat. Kita bukan orang kaya nak jemput 1 Malaysia.

Jangan risau pasal orang kata, ia bonus kita masuk ke syurga.

14. Tetamu yang datang dapat yasin bercetak cuma RM0.70¢ senaskah baru RM140 sahaja.

15. Masih ada baki RM860 boleh gunakan untuk sewa baju pengantin, jika bijak buat baju melayu yang boleh pakai raya nanti.

16. Dengan modal RM15 000 hantaran kawin, rumah dapat kawin pun dapat. Jangan nak 'poyo' sangat kata itu semua sumbangan calon suami, ikut kami nak buat apa.

17. Masyarakat Kelantan Terengganu dah buat lama, kita saja buat buat terkejut atau saja nak duduk rumah sewa lama lama 😂. Saya lagi suka

18. Rancang duit hantaran nak buat apa bukan nak bermewah lepas tu 'upload' dalam insta, ramai yang tengok dan gelak saja.

Azizul Azli Ahmad
Abah Aqilah


Siakapkeli.my
Read more ...

Wednesday, March 16, 2016

Senarai Anggaran Gaji 10 Pemain Bola Malaysia Tertinggi Anda Pasti Terkejut Dengan Gaji Khairul Fahmi.

Senarai Anggaran Gaji 10 Pemain Bola Malaysia Tertinggi Anda Pasti Terkejut Dengan Gaji Khairul Fahmi



1. Safe Sali RM120,000 Pemain JDT

senarai-gaji-pemain-bola-sepak-malaysia-2015.jpeg
Safe Sali atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali merupakan pemain bola sepak tempatan yang pertama bermain di Liga Super Indonesia iaitu di kelab Pelita Jaya selepas membantu Malaysia untuk menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dengan menewaskan Indonesia. Safee telah menyertai pasukan itu dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 (RM106 ribu) dan menerima gaji sebanyak USD 10,000 atau RM35,470. Namun pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan.
2. Khairul Fahmi Che Mat (Apek) – RM100,000 – Kelantan

gaji-tertinggi-pemain-bola-sepak-malaysia-2015.jpeg
Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali dengan panggilan Apek dikatakan panjaga gol yang dibayar gaji termahal dalam Liga Malaysia. Apek bukan sahaja menerima gaji yang lumayan bersama Kelantan malah beliau turut menerima pelbagai pendapatan lain lagi di luar padang. Beberapa musim lepas, Apek dikhabarkan turut menerima tawaran lumayan dari sebuah pasukan dan akan meletakkannya sebagai pemain termahal namun Apek memilih untuk kekal bersama Kelantan.
3. Amri Yahyah – RM85,000 – Johor Darul Takzim

senarai-10-gaji-tertinggi-pemain-bolasepak-malaysia-2015-2016.jpeg
Amri Yahya memulakan karier bola sepaknya di Selangor FA selama 12 tahun dan sepanjang kariernya bersama Selangor, Amri telah tampil sebanyak 200 kali dan menjaringkan sebanyak 71 gol. Ini menjadikan Amri salah seorang pemain tengah/penyerang digeruni pihak lawan. Amri, 34, kemudian telah ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darul Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan.
4. Norshahrul Idlan Talaha – RM80,000 – ATM (Kini bersama Terengganu)

senarai-10-gaji-tertinggi-pemain-bolasepak-malaysia-2015.jpeg
Pemain kelahiran Besut ini merupakan seorang penyerang yang cukup berbisa ketika bermain bersama pasukan Kelantan dan juga pasukan Malaysia sehingga pasukan kebangsaan berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010. Pada tahun 2013 pemain berusia 28 tahun itu telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan (JDT) selepas menerima tawaran lumayan iaitu menerima gaji sekitar RM80,000 sebulan. Bagaimanapun, Norshahrul gagal memberi impak besar terhadap pasukannya apabila hanya mampu menjaringkan 10 gol dalam 35 penampilannya bersama JDT. Norshahrul kemudiannya berhijrah ke pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kini beliau nampaknya telah menyarung jersi negeri kelahirannya, Terengganu.
5. Indra Putra Mahyuddin – RM75,000 – Felda United

gaji-pemain-bolasepak-malaysia-2015.jpeg
Pemain berusia 33 tahun ini merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang dilihat sebagai pemain serba boleh. Dia yang bermain sebagai penyerang dan di bahagaian sayap pernah bermain untuk banyak negeri dan kelab antaranya Perak FA, Pahang FA, Selangor FA, Kelantan FA, T-Team dan kini bermain untuk Felda United FC yang mana dia dikatakan menerima gaji sebanyak RM75,000 sebulan.
6. Baddrol Bakhtiar – RM65,000 – Kedah

gaji-tertinggi-pemain-bolasepak-malaysia-2015.jpeg
Bermula dengan mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden, Baddrol Bakhtiar kemudian telah diserapkan kepada pasukan ‘senior’ Kedah dan kebangsaan sebagai pengatur serangan (playmaker) dan sering juga dilihat bermain di bahagian sayap kanan. Walaupun tidak bermain di posisi penyerang bersama Kedah, namun 76 gol yang dijaringkan daripada 160 penampilannya cukup menggambarkan kehebatan pemain berusia 27 tahun ini yang dikatakan menerima gaji sekitar RM65,000 sebulan.
7. Safiq Rahim – RM50,000 – Johor Darul Takzim
09safig.transformed.jpg
Tidak dinafikan bahawa Safiq Rahim merupakan antara pemain tengah terbaik dalam Liga Malaysia (pemain tempatan). Sebelum ini Safiq beraksi dengan cukup cemerlang bersama Selangor dan pasukan kebangsaan. Menerima tawaran yang cukup lumayan dari JDT sudah tentu sukar untuk dilepaskan.
8. Badhri Radzi (Piya) – RM50,000 – Kelantan

senarai-gaji-tertinggi-pemain-bolasepak-malaysia-2015-1.jpeg
Nama Piya tidak asing lagi dikalangan peminat pasukan Kelantan dan juga dalam Liga Malaysia. Mempunyai skil sepakan sudut dan percuma yang menarik, Piya adalah lawan kepada Safiq Rahim. Piya juga pernah menerima tawaran lumayan dari beberapa pasukan. Namun mungkin kerana kesetiaan kepada pasukan negeri Piya memilih untuk kekal. Lagipun gaji yang Piya terima di Kelantan juga adalah antara yang tertinggi. Begitupun prestasi Piya nampaknya sedikit merudum dan mungkin memerlukan masa untuk beliau kembali ke prestasi terbaiknya.
9. Aidil Zafuan – RM50,000 – Johor Darul Takzim

gaji-pemain-malaysia-2015.jpeg
Beliau antara tonggak pertahanan terbaik yang ada di Malaysia. Pemain yang cukup kental dan sukar untuk dilepasi, Aidil bersama kembarnya Zaquan menerima tawaran lumayan untuk berhijrah ke Johor Darul Takzim dari pasukan Negeri Sembilan. Mungkin menerima saingan yang cukup sengit daripada beberapa muka baru selain mengalami kecederaan, Aidil nampaknya kurang beraksi dan gagal mendapatkan aksi dalam kesebelasan utama. Berkenaan gaji Aidil, ia didedahkan oleh bekas isterinya, Rita Rudaini dalam usaha menuntut nafkah untuk dua anak mereka.
10. Norfarhan – RM40,000 – Kelantan
norfarhan-kelantan.jpg
Cukup lincah dan mempunyai penyudah yang baik. Norfarhan memilih untuk kembali bersama pasukan Kelantan pada musim 2015. Sebelum itu, beliau telah berhijrah pulang ke pasukan asalnya Terengganu. Norfarhan dikatakan menerima sekitar RM40,000 sebulan di Kelantan. Bagaimanapun beliau perlu buktikan kemampuan sebenarnya kerana ketika ini beliau masih belum mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan juga.
(Sila ambil perhatian jumlah pendapatan yang dipaparkan adalah anggaran kasar bulanan gaji pemain berkenaan, dan berkemungkinan termasuk tajaan dan pengiklanan dan bukan jumlah sebenar)
IMG_8081723934654.jpeg
Read more ...

8 Benda Yang Boleh Anda Beli Jika Berhenti Merokok Mulai Hari ini



RM 17.00 untuk sebungkus rokok adalah terlalu mahal. Namun orang ramai masih lagi membelinya.

Biarpun pelbagai kempen kesedaran dilakukan, bilangan perokok di Malaysia masih lagi sukar untuk berkurang.

Hari ini, kami tunjukkan kepada anda apa yang boleh anda beli jika anda berhenti merokok bermula hari ini dan menabung duit rokok itu sedikit demi sedikit. Supaya artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi inspirasi buat yang ingin berhenti merokok.

Pengiraannya adalah sekotak rokok = RM17.00 dan anda menghisap sekotak rokok dalam masa sehari.


1 - Jika anda berhenti selama seminggu : (RM 119)
Jika anda berhenti selama seminggu bermula hari ini, minggu depan anda sudah boleh memiliki seutas jam Casio.

2 - Jika anda berhenti selama sebulan : (RM 510)
Jika anda berhenti bermula hari ini, sebulan lagi anda mampu sebuah telefon Asus Zenfon Go di Lazada.

3 - Jika anda berhenti selama 3 bulan : (RM 1,530)
Berhenti bermula hari ini dan dalam masa 3 bulan, dua keping dinar emas Kelantan akan jadi milik anda. Harga terkini sekeping adalah RM742.



4 - Jika anda berhenti selama 6 bulan  : (RM 3,111)
Jika anda berjaya berhenti selama 6 bulan, anda boleh memiliki sebuah iPhone 6s. Tahniah. Tapi kena 'topup' RM88 atau tahan lagi seminggu.



5 - Jika anda berhenti selama setahun : (RM 6,205)
Dalam masa setahun menabung duit rokok, anda sudah boleh memiliki sebuah Yamaha LC.


6 - Jika anda berhenti selama 5 tahun : (RM 31,025)
Jika anda berhenti merokok selama 5 tahun anda boleh menggunakan duit rokok itu untuk membayar duit muka 10 peratus untuk sebuah rumah di teres dua tingkat di selangor.


7 - Jika anda berhenti selama 10 tahun : (RM 62,050)
Menurut laman web tabung haji, kos untuk pergi haji bagi mereka yang belum pergi haji adalah RM 9,980. Ini bermakna jika anda tidak merokok selama 10 tahun, anda boleh membawa ibu bapa dan juga keluarga anda pergi haji. Jadi lebih baik simpan duit tu dalam tabung haji.


8 - Jika anda berhenti selama 30 tahun : (RM 185,150)
Jika kini anda berumur 30-an rasanya ini adalah masa yang tepat untuk anda memulakan perjuangan melawan rokok. Berhenti, simpan duit itu dan dalam masa 30 tahun lagi anda akan mampu menabung duit yang banyak untuk masa depan anak-anak. Bayangkan jika anda tidak berhenti bermula hari ini, duit anda sebanyak RM185,150 hanya akan terbakar begitu sahaja.

Jika anda ada 5 orang anak, anda boleh membekalkan mereka dengan RM37,000 seorang, cukup untuk mereka berbelanja RM100 setiap hari selama setahun.


Siakapkeli
Read more ...

Monday, January 05, 2015

Dato Sri Najib Dijangkiti Virus E.Coli Dan Perlu Berehat




Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak hari ini telah disahkan tidak sihat dan dinasihatakn oleh doktor supaya berehat selepas dijangkiti virus E.Coli.

E.coli merupakan singkatan dari Escherichia coli yang yang dirujuk kepada sekelompok bakteri yang biasanya ditemui dalam makanan dan air.

Kebanyakan dari bakteria ini tidak berbahaya, tetapi boleh menjadi punca kepada beberapa jenis penyakit kerana ia melepaskan racun yang dinamakan Shiga sehingga membuat seseorang pesakit mengalami kekejangan pada bahagian abdomen, muntah, keletihan dan dihidrasi kerana kehilangan air dalam badan.

Virus ini dipercayai dijangkiti ketika Najib mengadakan lawatan ke kawasan terjejas banjir baru-baru ini.

Perkara ini telah disahkan menerusi akaun Twitter rasmi pejabat Perdana Menteri tengahhari tadi.



Sementara itu, Najib dalam akaun Twitter peribadinya memberitahu, akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah.

Kita doakan moga pemimpin negara kita segera sihat dan pulih seperti biasa.-Siakapkeli.com.my
Read more ...

Sunday, January 04, 2015

Suami Hodoh ‘Diceraikan’ Isteri



Gambar Hiasan

PATNA - INDIA. Dunia sudah terbalik, itulah yang terjadi di Patna, apabila kuasa ‘cerai’ beralih tangan kepada golongan wanita.

Wanita dari Bihar di India dilaporkan akan meninggalkan suami masing-masing dek kerana pasangan mereka ‘hodoh’ dan tidak ‘sepadan’, lapor Agensi.

Sejak sebulan lalu, sekurang-kurangnya tiga pasangan pengantin perempuan telah meninggalkan suami mereka ekoran ‘kehodohan’ pasangan masing-masing.

Sementara pada 9 Disember tahun lalu, seorang pengantin perempuan dari Daerah Muzaffarpur meninggalkan suaminya kerana hodoh, hanya selepas lima hari berkahwin.

“Saya bersetuju mengahwini suami yang tidak pernah dilihat wajahnya demi menggembirakan ibu bapa, tetapi sebaik sampai di rumah mentua selepas berkahwin dan melihat wajah suami secara dekat, saya rasa benci dan jijik.

“Dia terlalu hodoh.  Akhirnya, saya memutuskan untuk meninggalkannya. Saya tidak akan kembali kepadanya walau apa pun yang berlaku,” kata wanita itu kepada polis di Patna.

Sementara kejadian sama dilaporkan di ibu negeri wilayah itu, Gardanibag iaitu awal bulan ini di mana pengantin perempuan melarikan diri daripada rumah mentua sehari selepas berkahwin.

Saintis tempatan percaya kejadian seperti ini berlaku kerana kehendak generasi muda (wanita Bihar) terlalu mencari kesempurnaan. - Sinar Online
Read more ...

Saturday, January 03, 2015

VIDEO: SISTEM SONAR KESAN BANGKAI PESAWAT QZ8501 DI DASAR LAUT JAWA

Sistem Sonar

Jakarta – Pihak berkuasa Indonesia mempercayai mereka telah menemui bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang selepas mendapat imej sonar yang besar, merupakan objek gelap terdampar di dasar laut.
Objek yang dipercayai bangkai pesawat Airbus 320-200 itu dikesan dekat kawasan di mana serpihan dan mayat ditemui, lokasi terakhir pesawat tersebut.
Pihak berkuasa Indonesia berkata, mereka memperoleh imej sonar yang menunjukkan bahawa pesawat dalam keadaan terbalik kira-kira 30 hingga 50 meter di dalam laut.
Tujuh mayat ditemui di kawasan perairan itu setakat ini, dengan salah satu mayat adalah wanita yang memakai pakaian seragam pramugari.
Pakar penerbangan berkata, mayat yang berpakaian lengkap itu dapat menunjukkan bahawa pesawat itu tidak terjejas keadaannya ketika ia terhempas ke dalam air.
Bangkai tersebut dikesan berada di dasar Laut Jawa, iaitu sehari selepas penemuan serpihan pesawat yang pertama.
Namun belum ada maklumat sama ada pesawat berkenaan masih berada dalam keadaan asal atau sebaliknya.
Terdahulu, Ketua SAR, Bambang Soelistyo mengumumkan setakat ini pasukan menyelamat telah menemui enam jasad daripada pesawat berkenaan.
Kapal Perang Indonesia, KRI Bung Tomo turut menemui sejumlah besar barangan peribadi milik mangsa selain beberapa objek keras daripada bahagian pesawat QZ8501.
Antara objek yang ditemui termasuk peralatan kecemasan, satu unit tingkap kecemasan, beg berisi makanan, kasut kanak-kanak dan sebuah kamera.
Gerakan mencari bagaimanapun dilaporkan berdepan kesukaran kerana ombak besar dan hujan lebat.

suara.tv
Read more ...

Tony Fernandes Menangis Ketika Jenazah Staffnya Dikebumikan


PALEMBANG: Majlis pengebumian jenazah peramugari pada hari jumaat malam semalam telah embuatkan ramai pihak menangisi pemergian, Kharunisa Haidar Fauzi, pramugari nahas pesawat AirAsia QZ8501 semalam.

Turut menangis dan menatapi pemergian arwah ini ialah CEO AirAsia Tna Sri Tony Fernandes yang bersama-sama dengan staff AirAsia Indonesia yang lain di majlis pengebumian itu.

Tony menyatakan bahawa sudah menjadi kewajipan beiau untuk menghatar pulang jenazah Khairunisa yang merupakan pekerjanya yang tekorban semasa menjalankan tugas.

"Khairunisa adalah sebahagian dari keluarga besar AirAsia, semoga dengan kehadiran saya bersama sehabat-sahabat kerjanya di hari pengebumian ini dan bersama iringan ribuan doa dari orang lain dapat dengan memberi ketenangan kepada roh jenazah," ujar Tony sambil menangis tersedu-sedu didampingi kedua ibu bapa Khairunisa iaitu Haidar Fauzi dan Rohana.

Selain Tony dan rombongan pekerja AirAsia turut hadir adaah pastinya jiran, kawan-kawannya serta kawan-kawan sekuliah Khairunisa dari Universiti Sriwijaya dan turut disertai Wakil Gabenor Sumatera Selatan, H Ishak Mekki dan Ketua DPRD Palembang.


Khairunisa adalah anak kesayangan kepada Haidar Fauzi dan Rohana. Beliau dilahirkan pada11 Mei 1992 itu merupakan anak bungsu dari 3 adik beradik.

Minat Khairunisa untuk menjadi pramugari bermula sejak berada dibangku sekolah lagi dan berusaha mengejar cita-citanya itu sehingga berjaya menjadi pramugari Pesawat AirAsia.-Siakapkeli.com.my
Read more ...

Thursday, January 01, 2015

35 Terbunuh, 48 Cedera pada Sambutan Ambang Tahun Baru di Shanghai


SHANGHAI: Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di China bertukar tragedi malam tadi apabila 35 orang dilaporkan terbunuh manakala 48 lagi cedera dalam satu kejadian orang ramai bersesakan di Shanghai, China.

Menurut laporan dari kerajaan Shanghai, 14 daripada yang tercedera kini dalam keadaan parah berikutan keganasan yang berlaku setengah jam sebelum tengah malam.

Memetik laporan dari Bloomberg, sekurang-kurangnya 48 cedera dalam kejadian, termasuk seorang rakyat Malaysia.

Laporan dari Xinhua News Agency, sebuah portal berita di China, menyatakan seorang saksi melaporkan kejadian terjadi setelah orang ramai menyerbu kupon-kupon yang kelihatan seperti wang kertas US Dollar yang dicampak dari tingkat tiga di satu bangunan. Namun punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Cui Tingting, 27, berkata dia telah mengutip beberapa helai kupon yang disangkakan wang itu tetapi membuang mereka semula setelah mengetahui ianya palsu.

"Ini sangat kejam. Beberapa orang di hadapan kami ada yang terjatuh ke lantai, dan orang ramai berlari-lari sambil memijak mereka", katanya. - Siakapkeli.com.my

Duit palsu yang dikatakan menjadi penyebab kejadian

siakapkeli
Read more ...

Terkini : Harga Minyak RON 95, RON 97 Dan Diesel Bermula Tengah Malam Ini


Kuala Lumpur, 31 Dis - Sebelum ini, Ahmad Maslan ada menulis di akaun Twitternya yang mengatakan harga petrol RON 95 dijangkakan antara RM1.95 - RM1.90 berkuatkuasa 1 Januari ini.

Baca : Harga Baru RON 95 & Diesel Dijangka Antara RM1.95 - RM1.90 - Ahmad Maslan

Hari ini, beliau telah memuat naik satu status harga lengkap bagi RON 95, RON 97 dan Diesel melalui akaun Twitter miliknya beberapa minit yang lalu.



Menurut status itu, berikut adalah harga terbaru minyak di Malaysia bermula tengah malam ini.

Harga RON 95, RON 97 dan Diesel MULAI 1 Januari 2015 :

RON 95 : RM1.91 seliter.
RON 97 : RM 2.11 seliter.
Diesel    : RM 1.93 seliter

Harga yang dinyatakan oleh Ahmad Maslan ini sedikit berbeza dengan harga yang tersebar di media sosial sebelum ini.

Selain itu, Ahmad Maslan juga sekali lagi meminta agar peniaga mula menurunkan harga barang sejajar dengan penurunan harga minyak - Siakapkeli.com.my
Read more ...