Wednesday, December 31, 2014

Tahukah Anda Inilah Satu-Satunya Surat Khabar Tulisan Tangan Di Dunia

The Musalman 'adalah satu-satunya surat khabar harian yang ditulis menggunakan tangan yang diterbitkan di dunia setiap hari di Chennai India Selatan. Pada masa ini ianya diterbitkan oleh Syed Arifullah. Beliau mengambil alih syarikat itu selepas bapanya meninggal dunia. Bapa beliau yang mengusahakan syarikat itu selama 40 tahun yang diasaskan oleh datuknya pada tahun 1927.

Surat khabar ini di terbitkan dengan rupa asal dan tidak berkompromi dengan font komputer. Ia meliputi pelbagai topik dalam empat berita piawainya - muka surat saiz - kertas. Penyediaan pada setiap halaman mengambil masa lebih kurang tiga jam.

Selepas berita diterima dalam bahasa Inggeris dari pemberita sambilan, ia diterjemahkan ke dalam Bahasa Urdu dan Katibs - penulis, khusus kepada seni purba Urdu kaligrafi, mengarang seluruh cerita di atas kertas. Selepas itu salinan negatif daripada kertas tulisan tangan disediakan dan dibuat pada plat cetak.

Surat khabar ini mempunyai, purata secara kasar, 23000 pelanggan, kebanyakannya dari bandar-bandar selatan. 









           

dairishare
Read more ...

Gambar Bot Nelayan Haram Di Letupkan Tentera Indonesia

Dua kapal nelayan asing yang disyaki menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram telah diletupkan oleh tentera laut Indonesia di Teluk Ambon, Indonesia, 21 Disember 2014.

Kapal-kapal itu adalah kapal yang keempat dan kelima ditenggelamkan oleh Indonesia dalam tempoh tiga bulan sejak Presiden Joko 'Jokowi' Widodo mengambil alih jawatan.

Enam lagi kapal asing sedang menghadapi kemusnahan, sementara menunggu prosiding undang-undang.

Bilangan kes-kes penangkapan ikan secara haram telah menurun sejak pendirian yang tegas diambil. Sesetengah lawan berkata pemusnahan kapal boleh menyebabkan ketegangan diplomatik dengan negara-negara lain.

Pegawai di Agensi Perikanan Taiwan meminta Jakarta memerhatikan protokol antarabangsa yang membolehkan pihak berkuasa untuk menyita kapal pemburuan haram dan menangkap anak kapalnya, tetapi melarang mereka daripada melepaskan tembakan.

Indonesia kehilangan kira-kira £15.3bn (RM83.04bn) setiap tahun dari penangkapan ikan secara haram dan pada masa ini terdapat kira-kira 5,400 kapal haram yang beroperasi di perairan negara itu.



dairishare
Read more ...

Kotak Hitam Pesawat QZ 8501 Sudah Berjaya Dikesan Di Dasar Laut Jawa



Jakarta: Pengarah SAR, SB Supriyadi sebentar tadi telah mengesahkan telah berjaya mengesan bangkai pesawar QZ8501.

Hasil bantuan sistem sonar yang digunakan mereka berjaya mengesan kotak hitam yang berada dalam kedalama 50 meter dari dasar launt dan tidak dapat dipastika sama ada pesawat hancur atau tidak.

"Peralatan sonar itu mampu mencapai kedalaman 40 hingga 50 meter di dasar laut dan usaha mengesan kotak hitam pesawat juga giat dijalankan." katanya.

Menurut seorang pegawai SAR Indonesia , Hernanto berkata, pasukan penyelam, kapal dan juga pesawat dari pasukan SAR sudah ke lokasi bangkai pesawat itu ditemui.-Siakapkeli.com.my
Read more ...

Singal Telefon Salah Seorang Penumpang Punca Lokasi Nahas Dikenalpasti



JAKARTA: Ketua Polis Indonesia, Jeneral Pol Sutarman berkata, signal telefon bimbit salah seorang penumpang pesawat AirAsia QZ 8501 yang terhempas teah berjaya dikesan oleh BTS.

Penemuan ini telah memberi petunjuk untuk operasi pencarian yang membolehkan pasukan penyelamat berjaya menemui lokasi nahas.

"Setelah mengesan signal salah satu nombor telefon bimbit penumpang saya terus mengerahkan kapal untuk pencarian ke titik koordinat signal itu berdetik."

"Tetapi kami masih belum menemui koppit utama pesawat dan hanya menjumpai serpihan dan mangsa yang timbul," kata Sutarman.

Setelah penemuan itu, Sutarman telah meminta semua nombor telefon bimbit penumpang pesawat tersebut. Menurut Kapolri, ada kemungkinan beberapa penumpang lupa mematikan handphone mereka yang membolehkan dikesan oleh BTS.-Siakapkeli.com.my
Read more ...

7 Jenazah Nahas AirAsia QZ8501 Akan Diterbangkan Ke Surabaya



JAKARTA: Pihak Pasukan Mencari dan Menyelamat Nasional (SAR) hari ini telah berjaya menemui 3 lagi mayat dimana salah seorangnya adalah peramugari QZ8501 tersebut.

Menurut jurucakap Pasukan Mencari dan Menyelamat Nasional (SAR) Bambang Soelistyo berkata, mereka telah meneruskan operasi dari tengah malam semalam hingga awal pagi tadi dan berjaya menemui tiga lagi mayat iaitu seorang wanita yang berpakaian pramugari dan dua lelaki dalam keadaan sudah membengkak.

“ Pagi tadi kira-kira 06.06 pagi, 06.45 pagi, dan 06.56 pagi, kami berjaya menemui tiga jenazah. Satu perempuan yang berpakaian pramugari, dan dua laki-laki.”

" Semua mayat yang dijumpai akan diterbangkan ke Surabaya, setelah dibersihkan di Pangkalan Bun." katanya.


Beliau menegaskan bahawa mayat-mayat yang ditemui itu akan diletakkan dalam keranda dan bukan didalam beg mayat seperti yang tersebar sebelum ini.

Menurut beliau dengan pernemuai 3 mayat ini menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dijumpai adalah 7 sejak operasi menyelamat dimulakan kerana percaya banyak mayat masih terperangkap didalam bangkai kapal terbang yang tenggelam.-Siakapkeli.com.my
Read more ...

Gambar : Pesawat Airasia Zest Pula Tergelincir di Filipina, Kesemua Penumpang Selamat




Filipina, 30 Dis - Sebuah pesawat AirAsia Zest bernombor pendaftaran Z2 272 hari ini dilaporkan tergelincir di lapangan terbang Kalibo, Filipina petang tadi.

Bagaimanapun, kesemua penumpang di dalam pesawat tersebut dilaporkan selamat dan telah dikeluarkan dari pesawat terbabit.

Menurut laporan, keadaan cuaca yang buruk serta gangguan pada sistem pesawat menjadi punca pesawat tersebut tergelincir.

Menurut Jet Damazo Santos, seorang jurnalis dari Rappler Indonesia, penumpang dikeluarkan dari pesawat tersebut menggunakan papan gelongsor kecemasan.

"Enjin dimatikan dengan segera, kami diberitahu untuk meninggalkan beg dan keluar dari pesawat dengan kadar segera", katanya melalui akaun Twitter.
Gambar peristiwa telah dikongsi oleh beliau yang menggunakan akaun Twitter dengan nama @jetdsantos. Beliau \ adalah salah seorang penumpang yang terbabit dalam kejadian tersebut. -Siakapkeli.com.my









siakapkeli

Read more ...

Hanya tiga mayat, bukan 40 seperti laporan awal, kata Ketua BASARNAS


JAKARTA: Ketua Badan SAR Nasional (BASARNAS) berkata hanya tiga mayat berjaya dikeluarkan setakat ini, bukannya 40 mayat seperti laporan awal.

"Hari ini kita berjaya mengeluarkan tiga mayat dan kini berada di atas kapal perang Bung Tomok,"ulas Bambang Soelistyo dalam satu sidang media di Jakarta.

Tiga mayat itu merupakan dua perempuan dan seorang lelaki.

Terdahulu, jurucakap Tentera Laut Manahan Simorangkir berkata kepada AFP sebuah kapal perang Indonesia telah mengeluarkan lebih 40 mayat dari laut pada Selasa, dalam usaha mencari pesawat AirAsia QZ 8501.

Jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir berkata angka ini sedang meningkat.

"Berdasarkan kepada radio tentera laut , dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah membawa keluar 40 mayat dan jumlah itu semakin meningkat . Mereka sangat sibuk sekarang, "kata Simorangkir .-Astro Awani
Read more ...

Monday, December 29, 2014

Jom Lihat Senarai 10 Orang Paling Di Kehendaki Di Dunia

Semenjak kematian Osama bin Laden, lelaki paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat dan dunia pada suatu ketika, sudah tentu ada yang tertanya-tanya siapa pula yang berada di tangga teratas manusia paling dikehendaki..Kalau nak tahu siapa, meh usha kat bawah ni..

10. Ayman al-Zawahiri Ayman 

al-Zawahiri adalah pemimpin Jihad Islam Mesir dari Kaherah dan beliau dikatakan bergabung dengan pihak al-Qaeda. Beliau dianggap sebagai orang kanan Osama bin Laden dan juga terlibat dalam perancangan serangan 9/11 terhadap WTC. Oleh itu, beliau juga berada dalam senarai paling dikehendaki.

 9. Omid Tahvili 

Omid Tahvili adalah ketua kumpulan jenayah Parsi di Kanada dan dikaitkan dengan banyak kumpulan jenayah di peringkat global. Dia melarikan diri dari penjara Kanada pada tahun 2007 dan kini berada dalam pelarian. Beliau juga terlibat dalam sindiket pengubahan wang haram dan kes-kes kecurian di Amerika Syarikat. 

8. Felicien Kabuga 

Felicien Kabuga telah dituduh terlibat dalam insiden pembunuhan beramai-ramai (genocide) dan kononnya kini sedang bersembunyi di Kenya. Beliau dikehendaki bagi jenayahnya terhadap kemanusiaan dan hubungan beliau dengan tragedi 100 hari keganasan yang menyebabkan kematian 800,000 rakyat Rwanda.

 7. James Bulger 

James Bulger atau atau dikenali sebagai "Whitey" adalah sebahagian daripada rangkaian jenayah Boston yang terbabit dalam pengedaran dadah dan pembunuhan. Beliau dikatakan telah melakukan lebih 19 pembunuhan dan telah menjadi sebahagian daripada konspirasi pembunuhan, pengubahan wang haram dan pelbagai jenayah lain. Beliau telah berjaya mengelakkan diri dari ditahan polis sejak lebih daripada tiga puluh tahun dan kali terakhir dia dilihat adalah sebagai pemilik harta kekayaan yang bernilai £18 juta pound. 

6. Alimzhan Tokhtakhounov 

Alimzhan Tokhtakhounov adalah penjenayah Rusia yang dikehendaki kerana terlibat dalam aktiviti jenayah terancang. Dia terlibat dalam penjualan peluru haram , penyeludupan dan pengedaran dadah dan juga penyeludupan kereta curi.

5. Joseph Kony 

Joseph Kony adalah seorang pemimpin gerila dari Uganda dan pemimpin angkatan pemberontak. Kumpulan ganas pimpinan Joseph Kony dikatakan terlibat dalam jenayah berat terhadap kemanusiaan termasuk melarikan kanak-kanak dan jenayah perang. Mereka telah beroperasi di Sudan dan Congo serta melakukan jenayah yang sama sejak tahun 1986.

4. Semion Mogilevich 

Semion Mogilevich dikenali sebagai "penjenayah paling berbahaya di dunia" dan dipercayai telah menjadi bos utama bagi ketua-ketua organisasi mafia Rusia di seluruh dunia. 

3. Dawuud Ibrahim

Dawuud Ibrahim adalah pemimpin rangkaian jenayah India iaitu D-Company. Pada masa kini, dia dikatakan sedang mengetuai rangkaian jenayah ini dan terlibat dalam pembunuhan, penculikan dan urusan dadah di Pakistan, India dan UAE. Dia juga sangat disyaki terlibat dengan pihak al-Qaeda.

2. Matteo Messina Denaro 

Matteo Messina Denaro adalah mafia yang telah mengambil alih kumpulan Cosa Nostra di Itali selepas pemimpin sebelum ini yang juga pesaing beliau telah ditangkap. Penjenayah ini juga dikenali dengan watak buku komik Itali, diabolik. Dia telah berada dalam pelarian sejak lebih dari dua puluh tahun dan masih merupakan manusia yang paling dikehendaki hingga sekarang.

1. Joaquín Guzmán Orang yang paling dikehendaki di dunia,

Joaquín Guzmán juga dikenali sebagai "Shorty" adalah pemimpin kepada Sinaloa Cartel, sebuah organisasi pengedaran dadah antarabangsa. Dia mengambil kontrak perkhidmatan dalam urusan penculikan, pembunuhan sasaran penting dan memeras ugut. Beliau merupakan pengedar dadah nombor satu di Mexico pada tahun 2003 dan selepas beberapa pembunuhan dan pertempuran kejam terhadap pesaing, beliau mendahului senarai orang paling dikehendaki di dunia. Pihak DEA percaya, dia lebih kuat pada hari ini berbanding ketika dua atau tiga tahun yang lalu.
Read more ...

Video : Lelaki Dakwa Pesawat Airasia QZ8501 Mendarat di Pulau Long, Bangka, Belitung


Indonesia - Dalam misteri kehilangan pesawat Airasia QZ8501  masih belum terjawab, seorang lelaki yang mendakwa dirinya salah seorang rakan kepada penumpang di dalam pesawat tersebut mendakwa dia telah dihubungi oleh rakannya.

Menerusi laporan Liputan6, satu portal berita Indonesia, lelaki tersebut, Henry, dilihat tergopoh-gopoh datang ke Crisis Centre Bandara Juanda, Sidorja, Jawa Timur. Henry kemudian mengatakan dia dihubungi oleh rakannya yang mengatakan pesawat tersebut mendarat cemas.

Menurut Henry, pesawat itu kini sudah mendarat di Pulau Long, Bangka, Belitung.

Pihak yang berkuasa Indonesia kemudiannya telah menghubungi pihak tempatan di Pulau Long tapi sehingga kini masih belum ada sebarang informasi susulan tentang dakwaan ini. -Siakapkeli.com.my

siakakeli
Read more ...

Gambar Palsu Pesawat Airasia di Pulau Belitung Tersebar



Pagi tadi sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dengan menara kawalan. Sehingga kini pesawat tersebut masih lagi dalam proses pencarian.

Walau bagaimanapun, kini terdapat satu gambar palsu yang beredar di media sosial dan aplikasi whatsapp yang memaparkan gambar sebuah pesawat air asia terhempas dan mendakwa itu lah pesawat yang hilang pagi tadi. Menurut sumber, gambar tersebut mula tersebar di portal-portal Indonesia.


Bagaimanapun, gambar itu sebenarnya gambar lama.

Gambar itu adalah dari kejadian pada tahun 2011 dimana pesawat airasia di dalam gambar itu tergelincir dari landasan di Kuching. Anda boleh membaca laporan mengenai kejadian ini diMelvister.


Sehingga kini, pesawat  QZ8501 masih lagi dalam pencarian. - Siakapkeli.com.my

Baca : Pesawat Airasia Dilapor Hilang Pagi Tadi
Read more ...

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh Seminggu - Muhyiddin

Keadaan di sebuah sekolah di Kuala Krai ketika air naik.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).

Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

"Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

"Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu," katanya dalam satu kenyataan.

Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing.

Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna. - BH Online


Kenyataan media oleh Muhyiddin

siakapkeli
Read more ...