Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Thursday, November 09, 2017

Malaysia berjaya melayakan diri ke Kejohanan AFC Bawah 19


Malaysia berjaya melayakan diri untuk menyertai kejohanan AFC bawah 19 setelah Malaysia berjaya menjadi 5 terbaik dalam pasukan-pasukan yang mendapat no dua.


Ini merupakan kali pertama Malaysia berjaya melayakan diri setelah kemarau panjang selama 11 tahun tidak berjaya menyertai kejohanan tersebut. Kali terakhir adalah semasa 2006 dibawah jurulatih Datuk K.Rajagobal

Read more ...

Monday, November 06, 2017

Keputusan Liga Perdana Inggeris malam tadi 5 November






   Keputusan Liga Perdana Inggeris malam tadi 6 November

Man. City
3
FT
Arsenal
1
Everton
3
FT
Watford
2
Chelsea
1
FT
Man United
0

Read more ...

Sunday, October 29, 2017

Liverpool bejaya menewaskan Huddersfiled dengan keputusan 3-0, Keputusan Penuh Liga Perdana Inggeris

Man United
1
FT
Tottenham
0
Crystal Palace
2
FT
West Ham
2
West Brom
2
FT
Man. City
3
Liverpool
3
FT
Huddersfield
0
Watford
0
FT
Stoke City
1
Arsenal
2
FT
Swansea City
1

Bournemouth
0
FT
Chelsea
1

Read more ...

Sunday, October 22, 2017

Keputusan 1-1 Melayakan Skuad Malaysia Tigers ke Final Piala Asia.

sumber:Bharian

         Pasukan Malaysia yang hanya memerlukan keputusan seri pada perlawan dengan korea selatan untuk mara ke final ,berjaya apabila Faizal Shaari berjaya mengikat kedudukan 1-1 dengan korea selatan . Perlawan ini bermula dengan korean selantan mendahului dengan pukulan sudut penalti yang berjaya diambil oleh Yang Jihun. Ini memberikan sinar harapan kepada Korea Selatan untuk mara ke Final Piala Asia,namun harapan tinggal harapan apabila Faizal Shaari berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-59


       Keputusan seri ini memberikan Malaysia tiket untuk menempah tempat di Final Piala Asia.Perlawan Final ,Skuad Malaysia Tigers harus bertemu dengan pasukan India . 




Read more ...

Sunday, March 26, 2017

Tunku Mahkota Johor(TMJ) sah Menjadi Presiden FAM ke-53 bagi penggal 2017-2021

Foto: FMT

Petaling Jaya, 25 Mac: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sah mengambil alih kerusi presiden Kongres Persatuan Bolasepak (FAM) yang ke-53 bagi penggal 2017-2021 sebentar tadi.

Harian Metro berkata, usul yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin itu mendapat sokongan penuh dari perwakilan bagi membolehkan TMJ menang tanpa bertanding susulan seorang lagi calon, Tan Sri Annuar Musa menarik diri pada Khamis.

TMJ mengambil alih kerusi yang ditinggalkan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang meletak jawatan pada September 2015.

Sumber: Harian MetroBH Online
Read more ...

Sunday, March 19, 2017

Yap Sean Yee memperbaharui rekod kebangsaanya


KUALA LUMPUR: Ratu lompat tinggi negara, Yap Sean Yee memperbaharui rekod kebangsaan miliknya pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa, hari ini.
Atlet pelapis kebangsaan itu mencatat ketinggian 1.81 meter pada percubaan pertama, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan 1.79m yang dilakarkan pada Kejohanan Terbuka Pahang 2015.
Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi atlet Sekolah Sukan Bukit Jalil, Shahira Sazali dan M Nanthini yang mencatat lompatan 1.60m dan 1.45m.
Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan, Zainal Abas berkata beliau tidak menyangka Sean Yee dapat memecahkan rekod peribadinya sambil berharap kejayaan itu mencerahkan peluang atlet berkenaan untuk diserapkan ke dalam Program 'Kita Juara'.
Program 'Kita Juara' adalah program khas Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menyediakan atlet untuk mencapai sasaran muncul juara keseluruhan di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, 19 hingga 31 Ogos ini.
"Kalau dia boleh kekalkan lompatan pada ketinggian 1.80 meter, saya yakin dia berada dalam posisi terbaik untuk meraih kedudukan podium pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 nanti," kata Zainal.
Dalam perkembangan sama, Zainal yakin kejayaan cemerlang yang dilakar skuad olahraga negara sejak kebelakangan ini adalah landasan terbaik untuk memburu kejayaan gemilang pada Sukan SEA nanti.
Beliau memaklumkan skuad olahraga negara yang menjalani latihan di Afrika Selatan sejak bulan lalu, berkemungkinan akan meneruskan latihan persediaan selain menyertai pertandingan di Eropah pada bulan Mei atau Julai ini sebagai persediaan akhir menghadapi Sukan SEA.
Keputusan itu, kata Zainal, bagaimanapun bergantung kepada perbincangan antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan MSN yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.
Skuad olahraga kebangsaan yang diketuai pemegang rekod 100m kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan berada di Afrika Selatan sejak bulan lalu bagi menyertai latihan dan pertandingan selama dua bulan di negara berkenaan sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. - BERNAMA
bharian
Read more ...

Baddrol diangkat sebagai permain terbaik bulan Februari dalam Liga Super

'

Baddrol yang merupakan permain tengah kedah ,berjaya dinobatkan sebagai permain terbaik Liga Super bulan Februari. Dalam satu sesi undian ,Badrul berjaya mengalahkan kesemua persaingannya dengan berjaya mengutip sebanyak 17,073 undian. Baddrul yang berjaya permain lain contohnya, Muhammad Ghaddar, Matthew Alves dan Mark Hartman dan undian tersebut


Selaku penerima anugerah Baddrol menerima wang tunai sebanyak RM1,500 dan juga plak hadiah sumbangan 139 associates dan MVP Sport Agency dan trofi sumbangan ideaasia

Anugerah yang dilakukan ini dapat memberikan penghargaan kepada permaian bola sepak di Liga Super. Perkara ini dapat meningkatkan lagi kualiti permain bola sepak Liga Super pada masa akan datang
Read more ...

Thursday, February 09, 2017

Arsenal inginkan penjaga gol Machester City Joe Hart




Arsenal berminat mengantikan penjaga golnya Petr Cech dengan permain daripada Machester City ,Joe Hart.

Kelab besar ini sedang mencari penjaga gol baru untuk bersedia menempuhi saingan yang akan datang. Permain yang 5 tahun lebih muda daripada Petr Cech iaitu Joe Hart masih mempunyai kontrak dengan Manchester City.Kontrak itu akan tamat pada Jun 2019.

City pada masa ini sedang membuka peluang kepada mana-mana kelab yang ingin mendapatkan perkhidmatan permain tersebut.Harga yang diletakkan adalah 15 juta pound (Rm83.3).

Read more ...

Wednesday, February 08, 2017

Barcelona berjaya mara ke Final Piala Raja Sepanyol


Luiz suarez berjaya menjaringkan gol untuk kumpulan Barcelona,malang sekali dia telah dibuang padang.Beliau merupakan antara seorang daripada tiga orang yang dibuang padang dan tidak dapat beraksi di final. Perlawan tersebut yang berakhir dengan seri 1- 1 .

Barcelona dapat meneruskan perjuangan mereka ke final dengan memenangi aggregate 3-2 dengan Atletico.Antara permain yang turut dibuang padang ialah pertahan Barca ,Sergio Roberto dan juga permain sayap Atletico , Yannick Carrasco.


Read more ...

Thursday, December 11, 2014

2 Penyokong Bola Sepak Vietnam Terangkan Bagaimana “Hooligans” Di Stadium Shah Alam Bermula..

Petang nanti lebih kurang pukul 7 petang perlawanan kedua separuh akhir Piala Suzuki AFF antara Vietnam dan Malaysia. Yes, pasukan kebangsaan kita akan turun beraksi di stadium keramat Vietnam. Bukan sahaja perlu berhadapan dengan pasukan bola sepak Vietnam tapi juga perlu berhadapan dengan ribuan penyokong bola sepak Vietnam yang mungkin sebahagian daripada mereka hati sedang panas gara-gara tindakan bodoh segelintir penyokong Malaysia yang berlagak samseng di stadium Shah Alam tempoh hari.
Pada kejadian Ahad yang lalu, beberapa penyokong bola sepak Malaysia yang tidak bertamadun telah berlaku samseng kepada sekumpulan penyokong Vietnam dan mengakibatkan kecederaan kepada salah seorang penyokong Vietnam. Rakyat Malaysia mengutuk keras perbuatan penyokong Malaysia terbabit apa yang disifatkan sebagai Hooligans. Intern laman web Cilisos.myJohannem Simmenemubual dua orang penyokong Vietnam yang terlibat dalam insiden terbabit.

Ini Apa Yang Terjadi…

Pelajar universiti An Vu Nguyen ialah salah seorang mangsa hooliganism pada Ahad yang lalu.
An-Vu-Nguyen
An Vu Nguyen (lima dari kiri) bergambar bersama penyokong bola sepak Vietnam dan Malaysia sebelum perlawanan bermula
“When we arrived at the stadium, the atmosphere was very friendly and fun with people taking photos. We went in early to get our seats. Everything went well throughout the game, but the fight started when Malaysia’s captain punched a Vietnamese player. (Watch the video, 0:55 onwards) No red card was given, so we started booing.
At that point, someone suddenly hit me hard. I’m not sure what it was, a plastic bag with ice or a bottle. I was too stunned to tell. One of my friends shielded me until I could get up, then we ran to two police officers at the scene.
Then, we went to the central area where all the police were so that we could get some protection. The cops told us to wait until more people had gone back. I could actually feel the fear from the cops. We waited for 3 long hours before leaving. 2 police officers escorted us out of the stadium and we only reached our car at 1am.” – An Vu Nguyen
Seorang lagi penyokong Vietnam, Vu Minh Ngoc turut berkongsi pengalamannya.
penyokong bola sepak vietnam
Vu Minh Ngoc (kiri) bersama kawan pada perlawanan Ahad yang lepas
“Everyone was quite friendly before the match, but things took a terrible turn when Malaysian fans started entering the Vietnamese area to assault some of us. Some of my friends, who wore the iconic red t-shirt with a yellow star, were harassed even outside the stadium.
Thankfully, we had a security team which helped stop the fights and to stop more Malaysians from coming into our area. However, some of them just stood and stared… I don’t really blame them because they were afraid themselves.
As we stayed back in the stadium, fearing for our safety, we finally managed to get out. We tried to look for a taxi, but nobody wanted to send us home even if they had no passengers. We had to walk 2 hours on the highway because of that. We walked towards the Batu Tinggi KTM and reached at 12am… There, we finally found a cab back to our place in Jalan Semantan at RM60.” – Vu Minh Ngoc
Walaupun “dibuli” oleh penyokong bola sepak Malaysia yang tidak bertamadun, An dan Vu tetap mempunyai perkara positif untuk diperkatakan tentang penyokong Malaysia. Antaranya mereka memuji dan kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Ultras Malaya.
Baca lagi di CILISOS.
Read more ...

Wednesday, December 10, 2014

Pelik macam mana boleh masuk gol?Jin ?(video)


[

Read more ...

Wajah 12 Hooligan Malaysia akan dicari sampai dapat oleh PDRM.


Shah Alam: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang mengesan 12 individu berhubung insiden pergaduhan pada perlawanan separuh akhir Piala AFF di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya kini sedang mengesan individu berkenaan kerana dipercayai terbabit dalam insiden itu yang menyebabkan ada di antara penyokong Vietnam cedera.

Katanya, sebelum tamat perlawanan pada malam berkenaan sekumpulan kecil penyokong Malaysia bertindak melakukan kekecohan.

"Polis kini sedang mengesan semua individu berkenaan untuk membantu dan melengkapkan kertas siasatan.

"Insiden ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.-Harian Metro
Read more ...

Tuesday, December 09, 2014

Laman Web Rasmi FAM Digodam




Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam sebentar tadi dengan memaparkan tulisan berbahasa Vietnam.

Bagaimanapun, penggodam itu hanya menggodam interface hadapan dan tidak melibatkan database web tersebut.

Ini kemungkinan keran rasa tidak puas hati mereka dengan kejadian semalam yang berlaku di Stadium Shah Alam Yang dicemari insiden keganasan.

Penggodam memasukkan ayat dalam bahasa Vietnam yang sebahagiannya bermaksud "mereka bermain sangat teruk ... semua penggodam serentak di laman web Malaysia ... "

Selain, satu ayat dalam bahasa Inggeris 'bad play fans Malaysia'.

Namun, ikon-ikon lain termasuk logo FAM di laman web tersebut tidak disentuh penggodam.

Bagaimanapun pihak FAM telah menutup sementara laman web tersebut untuk mengubah kembali ke interface asal-Siakapkeli.com.my
Read more ...

Monday, December 08, 2014

Penyokong Harimau Malaya Mengamuk Pukul Penyokong Vietnam


Sebelum ini kita digemparkan tentang permain Singapura yang mengamuk selepas mengalami kekalahan di tangan Malaysia.

Malam ini lain pula ceritanya apabila Malaysiakalah di tangan Vietnam penyokong kita pula mengamuk dengan memukul penyokong Vietnam.

Perkara ini adalah tidak sedap didengar kerana tidak menunjukkan semangat kesukanan oleh peminat kita dan orang yang memukul penyokong Vietnam itu boleh disifatkan tidak bertamadun kerana ini akan merosakakn reputasi Harimau Malaya itu sendiri.

Adat permainan kalah atau menang, kita jangan tunjuk budaya yang tidak elok ini kepada orang lain kerana sukan sepatutnya mengeratkan persahabatan bukan memburukkan keadaan. Harap pihak Polis Diraja Malaysia dapat ambil tindakan. Budaya Hooligan bukan budaya kita.-Siakapkeli.com.my











Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di laman Facebook miliknya.
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap tindakan segelintir penyokong Harimau Malaya yang mengasari penyokong Vietnam sehingga ada yang tercedera, malam tadi.
Insiden pergelutan itu berlaku pada minit-minit akhir perlawanan ketika aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki berlangsung di Stadium Shah Alam, yang berkesudahan Malaysia ditundukkan Vietnam, 2-1.
Sehubungan itu Khairy mahu tindakan tegas dan segera diambil terhadap kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu yang menurutnya boleh memberi implikasi buruk kepada keselamatan penyokong skuad negara di Hanoi nanti.
"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua.
"Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong Malaysia di Hanoi nanti.
"Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan terbabit," katanya seperti dipetik di laman sosial facebooknya, awal pagi tadi.
Oleh kerana penyokong ganas ini tidak akan memohon maaf, beliau sendiri menyatakan permohonan maafnya kepada penyokong Vietnam terutama mereka yang diserang di Stadium Shah Alam.
"Tindakan ganas segelintir fans Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar," katanya.

bharian dan siakapkeli
Read more ...