Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Monday, March 09, 2020

Perdana Menteri Ke-8 akan mengumumkan kabinet baru

Perdana Menteri Ke-8 akan mengumumkan kabinet baru pada pukul 5 petang ini. Dikatakan bahawa beliau telah menghadap dan memberikan nama kabinet beliau kepada Yang- Dipertuan Agong pada pukul 11 pagi tadi.


Muhyiddin telah pun mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Ke-8 pada 1 Mac yang lalu, setelah kerajaan Pakatan Harapan tumpas dalam masalah politik perebutan kuasa antara Mahathir dan juga Anwar Ibrahim. Kerajaan baru yang diberi nama Perikatan Nasional mengandungi PPBM ,BARISAN NASIONAL , PAS dan juga GPS
Read more ...

Friday, July 26, 2019

Azmin masuk PPBM ?


Setiusaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Azmin Ali menafikan bahawa Azmin Ali akan meninggalkan Parti PKR ,Setiausaha politik itu berkata bahawa itu merupakan satu fitnah yang dibuat oleh siapa yang kalah pada pilihanraya parti.

Spekulasi ini bermula apabila , orang mengatakan bahawa Azmin Ali akan masuk ke PPBM. Ia bermula setelah PPBM membenarkan Bukan Melayu menjadi Ahli parti tersebut. Sesetengah mengatakan ini merupakan langkah yang dilakukan untuk memberi peluang kepada penyokong bukan melayu Azmin Ali masuk juga ke dalam parti PPBM . 

Hilaman Idham yang merupakan ahli Dun Gombak Setia menambah bahawa ia adalah mustahil untuk Azmin Ali keluar daripada parti PKR. Dia telah dipilih secara sah untuk menjadi nombor dua di dalam parti .

Read more ...

Thursday, July 19, 2018

Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Di halau keluar dari dewan Parlimen

Parlimen |  Ramkarpal Singh menjadi anggota parlimen pertama yang diarahkan keluar oleh speaker Dewan Rakyat yang baru dilantik, Datuk Mohamad Ariff Yusof.

Ramkarpal Singh telah diarah keluar setelah enggan menarik balik kenyataanya yang mengatakan bahawa pemuda UMNO sebagai "samseng".

"Untuk memendekkan perkara ini, supaya kita boleh mendengar perbahasan Sungai Petani (Datuk Johari Abdul), kedua-dua anggota parlimen perlu menarik kenyataan tadi.

"Jika tidak, saya akan gunakan seksyen 44(2) peraturan Dewan Rakyat," katanya merujuk peruntukan yang membenarkan speaker menghalang anggota parlimen menyertai persidangan selama dua hari.

"Ini cuma perkara kecil. Jangan guna perkataan yang tidak sewajarnya di dalam dewan, kita perlu lebih matang," katanya.
Bagaimanapun, Ramkarpal menjawab: "Saya mohon maaf, tapi saya tidak boleh tarik balik.

Mohamad Ariff kemudian mengeluarkan amaran dan apabila Ramkarpal bertegas dengan pendiriannya, speaker mengarahkan agar anggota parlimen Bukit Gelugor itu diiringi keluar dewan.

Sementara Bung Moktar kemudian menarik balik kenyataanya dan dibenarkan berada di dalam dewan.
Read more ...

Sunday, June 03, 2018

"Calon terbaik Presiden UMNO ialah Khairy Jamaludin" kata Dr Mahathir

Tun Dr.Mahathir yang menghadiri mesyuarat Majlis PH Kedah di Seri Mentaloon ,berpendapat bahawa Khairy Jamaludin merupakan calon yang paling layak untuk menerajui UMNO. UMNO yang hilang hala tuju setelah mengalami kekalahan besar pada PRU14 ,telah kehilangan tampuk pemerintahan pusat yang selama ini telah di terajui oleh Barisan Nasional selama enam abad .



Pada 22 Mei, Pemangku Presiden parti itu iaitu Zahid Hamidi juga berkata bahawa semua jawatan tertinggi UMNO akan dipertandingkan . 


Bagi Allz tindakkan itu cukup wajar , kerana tindakkan itu mampu untuk memberi semangat baru dan hala tuju baru untuk parti UMNO, selain itu parti itu juga perlu bermuhasabah dan mulakan satu perjuangan yang lebih teguh . Ingat kembali apakah tujuan UMNO ditubuhkan
Read more ...

Monday, May 21, 2018

Kes Altantuya bakal terdedah? Sirul mahu bekerja sama

KUALA LUMPUR: Bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar, 45 yang disabitkan bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, hari ini, menawarkan diri untuk mendedahkan siapa yang mengarahkan pembunuhan wanita itu jika dia diberikan pengampunan penuh oleh kerajaan baharu Malaysia.
SIRUL Azhar. - Foto fail NSTP
Sirul yang kini dalam tahanan di Brisbane, Australia selepas melarikan diri dari negara ini pada 2015, menegaskan bahawa dia diarahkan oleh 'individu penting' untuk membunuh wanita itu.
Altantuya dibunuh dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera.
Kes pembunuhannya adalah aspek paling menggemparkan dalam skandal membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa terbabit dalam pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis pada tahun 2002.
Portal berita Malaysiakini.com dalam wawancara hari ini menyatakan bahawa Sirul bersedia membantu kerajaan baharu Malaysia dalam kes kapal selam itu.
"Saya bersedia membantu kerajaan baharu bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku jika kerajaan sekarang menjanjikan pengampunan penuh kepada saya," kata Sirul yang dipetik dari Malaysiakini.
Sementara itu, agensi berita Reuters pula melaporkan kemungkinan siasatan pembunuhan model Mongolia 12 tahun lalu dibuka mungkin mendatangkan masalah kepada Najib ketika kerajaan baharu meneruskan siasatan rasuah terhadapnya.
Presiden Mongolia baru-baru ini memohon pemimpin baharu Malaysia menegakkan keadilan untuk Altantuya, sementara pegawai polis yang disabitkan membunuh mangsa berkata, dia sedia bekerjasama dengan sebarang siasatan baharu jika diberikan pengampunan penuh.
Dalam kes pembunuhan model Mongolia itu, dua pegawai polis didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati, namum persoalan siapa yang mengarahkan mereka membunuh Altantuya masih tidak berjawab.
Ketika pembunuhan itu, Najib adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
Beliau menafikan pernah mengenali Altantuya, namun misteri itu terus menghantui karier politik beliau. - AFP/Reuters / Berita Harian
Read more ...

Sunday, October 29, 2017

Parlimen Catalonia mengumumkan kemerdekaan Republic of Catalonia

Pada tarikh 27 oktober 2017 , Catalonia telah mengumumkan kemerdekaan mereka . Parlimen Catalonia berjaya melapaskan satu bil yang akan menubuhkan Republic of Catanolia.

Bil itu berjaya lepas dengan undian 70 bersetuju ,10 tidak bersetuju dan 2 undi kosong. Walaupun bergitu Sepanyol masih tidak mengiktiraf kemerdekaan mereka . Perdana Menteri Sepanyol ,berkata dalam akaun twitter beliau , bahawa semua penduduk harus tenang ,dia akan membawa undang-undang kepada Catalonia.

Ramai penduduk berasa gembira dengan keputusan parlimen Catalonia, mereka berasa gembira kerana mereka merasakan bahawa diri mereka sudah merdeka daripada negara Sepanyol
Read more ...

Kes Pembunuhan Kennedy akan didedahkan oleh Trump


Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan bahawa beliau akan mendedahkan tentang maklumat tentang pembunuhan JFK iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat yang dibunuh. Beliau mengatakan bawaha beliau akan mendedahkan segala maklumat tentang pembunuhan tersebut kecuali , maklumat tentang individu yang masih hidup.

Selepas berbincang dengan Jeneral Kelly, CIA dan agensi-agensi Saya bersetuju untuk mendedahkan dokumen tersebut, Kata beliau

Read more ...

Friday, October 27, 2017

Bajet 2018 :Kutipan tol akan dimansuhkan pada tol-tol yang terpilih


Bajet baru-baru ini iaitu BAJET 2018 dikatakan sebagai BAJET PRU14. Antara intipati yang cukup menarik dibincangkan adalah . Pemansuhan kutipan tol ,di tol-tol yang terpilih .

Dengan pembelanjaan sebanyak RM3.9b terhadapa subsidi barangan,pengakutan, elektrik dan tol. Kerajaan Malaysia akan memansuhkan kutipan tol di Batu tiga dan Sungai Rasau Selangor,Bukit kayu hitam ,Kedah dan Eastern Dipersal Link, Johor. Pemansuhan ini akan berkuat kuasa mulai 1 januari 2018

Read more ...

Kematian Gaddafi rancangan Amerika Syarikat ,pencerobohan keadilan .



Bila kita cakap pasal pemimpin Libya yang bernama Gaddafi pasti kita akan ingat dia sebagai seorang pengganas yang menindas rakyatnya. Sedar atau tidak , tindakkan serangan media barat terhadap Gaddafi bermula apabila beliau mencadangkan untuk menggunakan emas sebagai mata wang  untuk melakukan transaksi penjualan dan pembelian emas. Setelah cadangan itu diutarakan oleh beliau ,negara-negara barat seperti Amerika Syarikat mula menyerang Gaddafi dan melabelkan dia sebagai seorang pemimpin kejam yang bertindak kejam.


Persoalannya apakah tindakan Gaddafi sehingga , negara barat ingin menyerang beliau


  1. Cadangan untuk menggunakan emas sebagai matawang mengantikan USD.
  2. Mengecam atau mengutuk tindakkan negara Amerika Syarikat yang menyerang negara Iraq.
  3. Tidak melakukan hutang dengan bank dunia walaupun sedikit.

Tindakkan ini bukanlah satu tindakkan yang jahat , tetapi tindakkan ini sangat tidak disukai oleh Amerika Syarikat . Amerika Syarikat yang dikatakan telah menaja pengganas Al-Qaeda untuk menentang kerajaan Gaddafi . Kita dapat lihat apabila bantuan yang dihantar oleh amerika syarikat terhadap pengganas di Benghazi. 

Pengganas yang menawan Benghazi pada satu ketika dahulu merupakan kumpulan Al-Qaeda yang diketuai oleh Osama Bin Laden ,Osama Bin Laden yang dibunuh oleh Amerika Syarikat dikatakan sebagai musuh kepada komuniti dunia dan Amerika Syarikat sendiri. Sedangkan Amerika Syarikat sendiri yang menaja penubuhan Al- Qaeda.

Segala pemberontakan yang berlaku di Libya berpunca daripada cetusan Amerika Syarikat . Bagaimana pemimpin yang disokong oleh majoriti penduduk libya ini dikatakan sebagai diktaktor . Rakyat mencintai Gaddafi . Tetapi akibat fitnah dan manipulasi Amerika Syarikat , hilang seorang pemimpin hebat


sambungan - Hubungan ISIS dan Al-Qaeda
Read more ...

Monday, October 23, 2017

Masalah Politik dan Demokrasi Malaysia



Satu soalan yang admin nak korang jawab , ahli politik kat Malaysia nak berpolitik untuk negara atau politik untuk parti masing-masing.Masalah pada hari ini kita tahu yang Malaysia negara berdemokrasi . Bila kita sebut pasal demokrasi semua kata itu cara paling bagus untuk pilih pemimpin. 

Kalau korang tahu pasal Socrate yang merupakan seorang ahli falsafah yang berasal daripada barat . Dalam buku Republic Of Plato , Socrate pernah cakap pasal masalah demokrasi . Definisi demokrasi datang daripada perkataan yunani iaitu demos iaitu orang dan kratia yang bermaksud kuasa. Secara literal nya bermaksud kuasa orang. Jadi kita tahu demokrasi ni dia lebih kepada permintaan majoriti rakyat akan menjadi tujuaan kerajaan.

Dalam buku Republic Of Plato , Socrate ade bertanya kat plato jika kita ingin memilih kapten kapal ,siapakah yang layakk memilih kapten kapal tersebut . Adakah semua orang atau hanya orang yang mempunyai ilmu tentang perkapalan saja yang boleh memilih kapten tersebut. 

Jika kita lihat analogi tersebut  , socrate menyatakan tentang kelemahan demokrasi yang melayakkan setiap orang satu undi. Setiap orang yang layak mengundi ,undi nya dikira sebagai satu undi.


Masalahnya disebabkan kebanyakkan ahli politik pada hari ini menggunakan konsep sweet shopper dan doktor . Semua ahli politik lebih rela menjadi sweet shopper yang akan menjanjikan segala-gala yang baik didengar namun, buruk akibat nya berbanding doktor yang merawat orang dan memaksa membuat sesuatu yang tidak disukai orang ramai namun disebabkan kebaikkan orang tersebut.


Kita tidak boleh nafikan pengundi di Malaysia masih tidak berfikir dengan wajar . Kita asyik bersyukur dengan yang ada. Kita rasa demokrasi ni dah cukup baik dah . 


Artikel seterusnya admin akan tulis pasal mana keadilan dalam demokrasi

Read more ...

Erdogan Kemunculan Zaman Empayar Uthmaniyah Generasi Kedua Bahagian 2


Bahagian 1




Selepas referendum itu telah diluluskan , Presiden Recep Tayyip Erdogan merasakan dirinya mula dilantik sebagai khalifah kepada Empayar Uthmaniyyah yang baru . Sultan baru untuk Khalifah Islam.

Seperti yang dikatakan dibahagian satu . Kuasa yang dibesarkan melalui referendum ini memberiikan Erdogan kuasa yang cukup besar . Setelah menang dengan kemenangan tipis,iaitu 52% .Erdogan memulakan langkahnya dengan pergi melawat ke makam pemimpin-pemimpin Kerajaan Uthmaniyah. Beliau juga melawat makam Sultan Selim I. Lawatan dan tindakkan itu seakan-akan menunjukkan beliau ingin mengambil tanggungjawab  Kesultanan Empayar Uthmaniyah dengan menjadi seorang Presiden yang mempunyai kuasa yang cukup besar.

Sultan Selim I yang berjaya menjadi Khalifah Islam setelah beliau berjaya ,mengalahkan kesultanan Mamaluk dan seterus nya berjaya menawan Mesir,Mekkah dan Madinah .


Sambungan Bahagian 3
Read more ...

Saturday, October 21, 2017

Erdogan :Kemunculan Zaman Empayar Uthmaniyah generasi kedua ? Bahagian 1


Artikel ini akan membincangkan tentang kemungkinan kelahiran semula Empayar Uthmaniyah dibawah kepimpinan Recep Tayyip Erdogan. Bila kita bercakap tentang kegemilangan Islam pasti Empayar Uthmaniyah akan menjadi perbualan semua orang . Kegemilangan Empayar ini yang mampu merampas ibu kota Empayar Rom timur iaitu Constatinople memberikan satu kemenangan dan kebanggaan yang cukup besar bagi  umat Islam, tetapi sejarah tinggal sejarah . Semua kegemilangan Empayar Uthmaniyah hilang setelah berakhirnya perang dunia pertama


Empayar Uthmaniyah

    Seperti sedia maklum Empayar Uthmaniyah merupakan empayar terakhir islam yang pemimpinnya menjadi Khalifah untuk umat Islam diseluruh Dunia. Kejatuhan Empayar Uthmaniyah dan Kekuasaan Khalifah adalah berpunca daripada Mustafa Kemal Atatürk
.

   Dunia demokrasi dikejutkan dengan referundam yang dicadangkan oleh Recep Tayyip Erdogan yang bakal memberikan kuasa yang cukup kuat untuknya memimpin Turki. Erdogan yang merupakan pemimpin yang berlandaskan Islam mempunyai cita-cita untuk menukarkan negara turki daripada negara sekular menjadi negara yang berlandaskan Islam yang maju. Selepas Erdogan berjaya menghalang perampasan kuasa pada 2016 dia mencadangkan satu referundum yang akan memberikan kuasa untuk seorang presiden untuk :


Source :Youtube Turkey Is Now An Islamic  Caliphate In All But Name


Akan bersambung

Read more ...

Friday, October 20, 2017

PRU14: Bolehkah bangsa cina menjadi Perdana Menteri?

Isu ini merupakan isu yang sangat hebat di bincangkan . Bila kita cakap isu ini , ia seakan taboo untuk dibincangkan ditempat awam . Jadi hari ni saya akan bincangkan sama ada, ada atau tidak peluang untuk seorang rakyat Malaysia yang berbangsa cina untuk menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia


Secara teori tiada yang menghalang untuk seorang bangsa cina untuk menjadi Perdana Menteri . Jika kita lihat kepada perlembagaan persekutuan perkara 43(2)(a) . Dalam perkara ini ia menerangkan tentang syarat-syarat untuk seseorang Perdana Menteri Itu akan dipilih.
  1. Perdana Menteri haruslah daripada ahli Dewan Rakyat
  2. Mestilah mendapat kepercayaan Majoriti  Ahli  Dewan Rakyat

Kalau kita pergi lebih jauh dalam perkara 43(7) perlembagaan persekutuan . ia menerangkan bahawa Perdana Menteri tidak boleh dipilih dikalangan rakyat yang mendapat kerakyatan melalui 'naturalization'.



Akhir sekali kita dapat lihat bahawa tiada undang-undang yang menghalang untuk bangsa cina untuk menjadi Perdana Menteri


Artikel ini hanya untuk perkongsian ilmu. Jika salah boleh diperbaiki ..
Read more ...

Sunday, December 28, 2014

Najib Jelaskan Mengapa Beliau Main Golf dengan Obama



KOTA BHARU – Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Hawaii baru-baru ini tidak bermakna beliau sengaja mengabaikan bencana banjir di Malaysia.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, jemputan tersebut telah disampaikan semasa Obama melawat negara ini pada April lalu dan amat sukar untuk beliau menolaknya kerana ia telah dirangka lebih awal.

“Beliau mengajak saya bermain golf sekiranya saya mengadakan lawatan ke sana (AS) dan ia dipanggil sebagai ‘diplomasi golf’.

“Sepanjang saya berada di sana saya menerima laporan setiap hari mengenai keadaan banjir di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini semalam. - Kosmo!

Read more ...

Thursday, December 04, 2014

Gelaran Dato Sri Telah Ditarik Balik Dari Anwar Ibrahim


PETALING JAYA: Sultan Selangor semalam telah menarik semula gelaran Dato Sri yang di kurniakan pada tahun 1992 kepada Anwar Ibrahim yang berkuat kuasa semalam.

Pihak istana Selangor dalam satu kenyataan berkata keputusan untuk membataakan gelaran tersebut dibuat kerana sejak akhir-akhir ini beliau telah banyak mempersoalkan tentang kewibawaan Sultan Selangor  Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis Menteri Besar baru-baru ini.

"Sultan, selepas berunding dengan Dewan di-Diraja Selangor , telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran seperti mana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan dari setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Tindakan yang dilakukan oleh penasihat PKR ikut telah menunjukkan beliau tidak ayak untuk memegang sebarang gelaran.-Siakapkeli.com.my
Read more ...