Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Sunday, June 03, 2018

Faiz Roslan ingin Bunuh Diri ? dakwa kawan baiknya

Image result for faiz roslan


Bulan Ramadhan ini dikejutkan dengan banyak tindak tanduk pengguna media sosial . Siapa yang tak kenal instafamous yang baru-baru ini yang mendapat kecaman netizen akibat perlakuannya yang tidak bergitu beradab ,menyebabkan satu kecaman besar terhadap instafamous ini . Dia yang hilang daripada dunia media sosial dengan mengatakan bahawa dia ingin rehatkan diri daripada media sosial
. Tetapi baru-baru ini terdapat khabar angin daripada kawan baiknya sendiri bahawa ,instafamous ini mula menunjukkan tanda-tanda ingin melakukan perbuatan yang terkejji itu .



Adakah netizen Malaysia sudah melampau dalam tindakkan menegur sehingga menyebabkan remaja berumur 18 tahun ini berasa dibuli dan ingin melakukan perbuatan terkutuk ini. Sudah tiba masanya kita mengambil pendekatan yang lebih matang dalam hal ini , kerana kita tahu perbuatan yang dilakukan memang salah , tetapi tindakkan untuk terus mengecam untuk membenci individu ini adalah salah . Kerana individu ini masih muda dan seharusnya ini menjadi ikhtibar kepada kedua-dua belah pihak


Bila kita menegur kita membenci perbuatannya bukan individunya.



Read more ...

Saturday, April 21, 2018

Avicii Mati Pada Umur 28 Tahun di Oman


   Avicii yang merupakan DJ musik elektronik telah disahkan mati di Oman Pada 20 April 2018. Punca kematiaan masih tidak diketahui . Tetapi ramai yang tahu bahawa Avicii memang mempunyai masalah kesihatan semenjak 2016 lagi. Sehingga dia terpaksa berhenti untuk melakukan jelajah muzik beliau. Tim Bergeling atau lebih dikenali Avicii telah membuat pembedahan terhadap beberapa organ yang rosak akibat meminum minum alkohol secara berlebihan.

   Ramai, orang menunjukan perasaan simpati dan kasihan diatas pemergian ,DJ muda ini. 





Read more ...

Monday, April 16, 2018

Sufian Suhaimi kena Friendzone dengan Instafamous (Sharifah Rose) ?



Dari gambar ni kita boleh lihat yang Sufian suhaimi yang cuba berjenaka dengan Instafamous iaitu Sharifah rose yang baru mengalami masalah perhubungan dengan penyanyi terkenal Ismail Izani. Tindakkan ini mungkin satu gurauan , tapi kita boleh buat konklusi kalau betul-betul Sufian nak cuba tackle Instafamous ni , ia akan bertemu dengan kekecewaan *(Friendzone).

Read more ...

Saturday, March 25, 2017

Perlakon cerita The Chronicles of Narnia 'Dulu comel sekarang menjadi gadis yang cantik'


Korang pernah tak menonton filem The Chronicles of Narnia? Pasti ramai yang mengenali gadis kecil ini. Georgie Henley atau kanak-kanak yang berperanan sebagai Lucy Penvesie. Budak pertama yang menemui jalan rahsia yang menghubungkan dunianya ke Narnia. Filem tersebut pertama kali di keluarkan pada tahun 2005. Berikut ini adalah gambar perkembangan Lucy dari tahun 2005 hingga kini.





gabancomel

Read more ...

Friday, March 24, 2017

Kematian seorang komposer kita pada hari ini, Johan Nawawi

KUALA LUMPUR: Komposer terkenal yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin, Johan Nawawi, 52, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak malam tadi. Berita sedih itu dikongsi beberapa kenalan industri termasuk pengurus artis, Lisa Tahir.
Mesej suara Nora memaklumkan kematian suaminya, Johan Nawawi.
Bagaimanapun, punca kematian Johan belum dapat dikenalpasti. Allahyarham difahamkan mempunyai beberapa masalah kesihatan seperti jantung, gout dan kencing manis. Jenazah akan dimandi dan dikafankan di masjid di Kampung Tunku, Petaling Jaya, selepas solat Jumaat.
Sepanjang kariernya, Johan aktif mencipta lagu termasuk lagu buat isterinya seperti Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.
Read more ...

Wednesday, March 15, 2017

Lelaki daripada negara Namibia (afrika selatan) menyanyikan lagu tentang Malaysia ?


       Kaiho merupakan seorang pelajar berkerakyatan Namibia .Beliau belajar di UPSI universiti di Malaysia. Kaiho yang tinggal di Tanjung Malim ,ditaja oleh Biasiswa negaranya untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia . Di rumahnya di Tanjung Malim Kaiho tinggal bersama rakan-rakannya yang sama negara dengannya.


      Pada 28 Februari Kaiho berjaya menghasilkan sebuah lagu yang ditujukan khas untuk menunjukan cintanya kepada negara Malaysia.Pembuatan lagu tersebut dibantu oleh MVM MUSIC.
Ini menunjukkan bahawa negara kita Malaysia merupakan negara yang bertuah kerana ramai pelajar ingin belajar di negara ini kerana keharmonian dan keadaan kondusif  untuk belajar dan menimba pengalaman.


Read more ...

Sunday, November 30, 2014

Gambar Shah Rukh Khan Bercium Dengan Salman Khan Tersebar


Mengucap admin tengok gambar ini di mana Shah Rukh Khan sedang melakukan perkara terkutuk dengan Salman Khan.

Dikhabarkan gambar ini telah tersebar luas dan terus menjadi kontroversi di media dan laman sosial seluaruh dunia. Seperti diketahui SRK dan Salman memang begitu rapat tapi tidak disangka rapatnya sampai ke tahap ini.

Akhirnya Salman Khan talah tampil dan mendedahkan beliau dan SRK telah menjadi angsa manipulasi dengan mendedahkan sekeping gambar sebenar. Sebenarnya gambar original yang menunjukkan Salman dan SRK sedang mencium adik Salman tetapi telah di edit kepada gabar mereka bercium.


Salman telah membidas tindakan orang yang telah mengedit gambar tersebut dan menurutnya hasil yang dilakuakn orang tersebut adala tidak berkualiti lansung dan amat teruk

“Hasil editing yang cukup teruk. Saya ada versi yang lebih elok. Jauh lebih bagus daripada apa yang anda miliki.

“Lihat sahaja ekspresi Shahrukh Khan. Dia seperti benar-benar menikmati saat kami berciuman,”ujar Salman dengan nada tertawa.

Macam-macamkan sekarang, hanya sekeping gambar boleh diubah menjadi fitnah. Kemajuan teknologi sepatutnya menjadi kawan telah disalah guna menjadi sesuatu yang amat tidak bermanafaat. Apapun tahniah Salman yang nampak tidak melatah dengan penyebaran gambar ini.- Siakapkeli.com.my
Read more ...

Saturday, November 29, 2014

Rapper Korea Cetus Kontroversi Remix Lagu Dengan Azan




Baru-baru ini, seorang rapper dari Korea yang dikenali sebagai Loco telah mencetus kontroversi dengan meremixkan salah satu lagunya dengan laungan azan. Lagu yang berjudul Act Serius itu telah mula dimuat naik di Youtube pada 27 Nov lepas.

Laungan azan (Allahuakbar) boleh didengar pada bahagian awal lagu berkenaan. Lebih teruk dari itu, laungan azan itu juga digubah mengikut selera rapper berkenaan.
Walau bagaimanapun, pemilik channel yang memuatnaik lagu berkenaan telah meminta maaf dan menapis lagu kontroversi itu dengan mengerat bahagian yang mempunyai azan setelah lagu tersebut mendapat kritikan dari orang ramai.

Selain itu rapper berkenaan juga telah meminta maaf secara rasmi kepada orang islam yang tersinggung dengan lagunya itu melalui laman twitternya.



Lagu yang sudah ditapis:

Tetapi, ramai yang bertindak memuat naik semula lagu original yang tidak ditapis ke Youtube. Orang ramai diminta untuk melaporkan lagu ini(yang belum ditapis) kepada youtube supaya ia dibuang dari Youtube. Youtube akan membuang satu-satu video sekiranya ia mendapat reaksi negatif dari orang ramai - Siakapkeli.com.my

Lagu yang belum ditapis
Read more ...

Friday, November 28, 2014

Bapa Mia Sara Bengang Anak Digossipkan, Tuntut di Akhirat



PETALING JAYA, 28 Nov: Bapa kepada pelakon Mia Sara, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh terkejut dengan gosip yang mengatakan anaknya bersikap hipokrit di dalam ruangan pojok yang ditulis oleh Cik Pang di dalam akhbar harian metro pada 23 November lepas.

Ridhuan berkata, dia berasa pelik dan terkejut kerana ada pihak yang sanggup mengeluarkan gosip sedemikian walaupun Mia baru sahaja berusia sembilan tahun.

"Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah atau terkilan dengan gosip yang timbul kerana ia semestinya tidak benar. Rasa kelakar pula, dengan budak kecil yang masih tidak faham apa-apa pun orang nak jadikan bahan gosip.

"Tidak mengapa, orang bercakap, kita yang dapat pahala. Saya akan tuntut di akhirat nanti," katanya memetik laporan dari mStar Onlinee.



Ruangan gosip tersebut mendakwa Mia Sarah bersikap hipokrit apabila dia membuat kenyataan mengagumi kejayaan yang dimenangi oleh Balqis yang menang anugerah Pelakon wanita terbaik di Majlis Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini walhal semasa bekerja bersama Mia langsung tidak menegur atau bercakap dengan Balqis.

Ridhuan berkata dia memang mengajar Mia untuk kurang bercakap ketika menjalani penggambaran kerana takut ia akan menimbulkan perasaan kurang senang di pihak lain.

"Apabila saya sediakan segala kelengkapan untuk Mia, itu pun dah ada orang bercakap kononnya nampak 'poyo'. Walhal saya mahu memudahkan lagi perjalanan produksi dan tidak mahu kerana anak saya, orang lain pula bermasalah.

"Pada masa sama saya turut memberitahu Mia untuk tidak banyak bercakap di set dan hanya fokus pada kerja. Dan yang paling penting jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap.  -Siakapkeli.com.my
Read more ...

Alamak, Wartawan Terbocor Awal Keputusan Gegar Vaganza 2014?

Tentu ramai yang mengikuti program hiburan Gegar Vaganza yang menggantikan slot program realiti Akademi Fantasia 2014. Ia mula ditayangkan dua minggu lalu dan dikendalikan oleh Nabil serta Jihan Muse.
Program berkonsepkan pertandingan nyanyian ini membariskan artis lama yang pernah ‘meletup’ suatu ketika dahulu sebagai peserta yang berentap merebut gelaran juara.
Mungkin ada yang sedia maklum, Gegar Vaganza adalah program rakaman yang telah direkodkan sebelum hari tayangan. Makanya, sebagai media, kenyataan akhbar terkandung keputusan pertandingan yang diberikan lebih awal kepada mereka adalah ‘embargo’ dan tidak boleh disiarkan selagi program tersebut belum ditayang di kaca TV.
Sayangnya baru mula hendak mendapat tempat di hati penonton, seorang wartawan senior dikatakan telah membuat kesilapan yang tak disengajakan apabila tersilap mendedahkan senarai nama peserta yang layak ke peringkat final!
Alamak.. dah tak adalah elemen kejutan kalau macam ini kan?
Melalui satu artikel yang disiarkan di sebuah majalah hiburan. senarai enam peserta yang berjaya di pusingan separuh akhir iaitu Ifa Raziah, Rahmat Mega, Mamat Exist, Haleeda, Ayai Ilusi dan Fazli Zainal telah didedahkan kepada pembaca.
Tambah memburukkan keadaan, ada pula pembaca yang snap berita tersebut dan kemudian berkongsikannya di laman sosial sekaligus membuatkan keputusan ini tersebar ke pengetahuan lebih ramai orang.
Kalau betul apa yang telah disiarkan di majalah tersebut, maka elemen kejutan pastinya akan kurang dirasai, silap-silap rating pun boleh jatuh.
Rasanya, stesen TV terlibat kenalah tampil dengan back up plan untuk tarik perhatian semula perhatian penonton. – MYNEWSHUB.CC

Read more ...