Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Friday, December 05, 2014

FAKTA TERUNIK DI DUNIA




1) Queue adalah satu-satunya kata dalam bahasa Inggris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2) Tulang paha manusia lebih kuat daripada dinding semen

3) Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat dari kuku jari kaki.

4) Debu di rumah kita paling banyak terbentuk dari sel kulit mati.

5) Gajah satu-satunya mamalia yang tidak bisa lompat.

6) Madu adalah satu-satunya makanan yang tak bisa basi

7) Kita dilahirkan dengan 300 tulang, tapi ketika dewasa tinggal 206.

8) Beberapa cacing bakal makan dirinya sendiri jika kelaparan.

9) Tidak mungkin manusia boleh bersin dengan mata yang terbuka.

10) Burung hantu adalah satu-satunya burung yang boleh melihat warna biru.

11) Unta mempunyai 3 kelopak mata untuk melindungi matanya daripada pasir gurun.

12) Titik diatas huruf ‘i’ disebut “title”

13) Lidah zirafah panjangnya sekitar 50 cm

14) Seandainya kandungan air dalam tubuh kita berkurangan 1%, kita akan merasa haus serta merta

15) Setiap orang, termasuk kembar, cop jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.

16) Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip.

17) Tanpa dicampur air liur di dalam mulut, kita tidak akan dapat merasakan rasa sesuatu makanan

18) Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Mereka akan rasa marah dan menyengat dirinya sendiri

19) Nama dari kembar gemini adalah Castor dan Pullox

20) Kita tidak bisa menjilat siku kita sendiri


Ini adalah serba sedikit fakta terunik yang selama ni mungkin kita tidak ketahui dan mungkin kita tidak perasan.

penpatah
Read more ...

Tuesday, December 02, 2014

Rumah Semakin Mahal? Jom Beralih ke Rumah Kontena


Tidak dapat dinafikan, harga rumah di Malaysia semakin hari semakin mahal. Hal ini menyebabkan mereka yang ingin membeli rumah, lebih-lebih lagi golongan belia yang mahu membeli rumah pertama mereka, buntu untuk memiliki keperluan asas ini.

Memahami masalah ini tidak dapat dielakkan, seorang anak muda tempatan yang juga seorang web designer, Mohd Azree mengambil langkah alternatif iaitu dengan membina sebuah rumah kontena, trend rumah yang semakin popular di barat. 


Rumah kontena, atau dalam bahasa inggerisnya, container house merupakan rumah yang terbina dari beberapa blok kontena, yang biasanya boleh dijumpai di atas kapal pengangkut barang. Kemudian blok-blok kontena ini disambungkan menjadi sebuah rumah yang selesa mengikut citarasa pemilik sendiri.


Menurut Mohd Azree, kos keseluruhan yang diperlukan untuk membina rumah kontena ini adalah RM 50,000 termasuklah sebidang tanah seluas 2400 kaki persegi. Lebih menarik, rumah tersebut hanya mengambil masa selama seminggu untuk siap. 



Apa yang paling menarik tentang rumah kontena adalah harganya yang murah dan juga ketahanannya. Sebab itu anda boleh melihat kontena ini digunakan oleh syarikat-syarikat pembinaan untuk dijadikan sebagai 'pejabat' di tapak pembinaan. Malah ada juga syarikat perhotelan yang menjadikan kontena sebagai bilik hotel mampu bilik.


Tetapi rumah kontena Mohd Azree yang anda lihat di dalam gambar diatas masih belum siap sepenuhnya. Bagi yang belum tahu, rumah kontena tidak semestinya berbentuk kotak sahaja. Lihat gambar dibawah dan bayangkan apa yang boleh anda cipta dengan rumah kontena.




Mungkin rumah kontena boleh dikomersialkan dan menjadi alternatif yang serius kepada rumah-rumah di Malaysia yang semakin mahal. Di beberapa buah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, rumah kontena sudah pun digunakan secara meluas malah ada yang membina rumah mewah dengan menggunakan kontena sahaja.

Bagi yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rumah kontena boleh melayari www.rumahkontena.com. - Siakapkeli.com.my
Read more ...

10 Kegunaan Hebat Aluminium Foil Yang Kita Tidak Tahu




Aluminium Foil adalah sejenis kertas aluminium yang kita selalu gunakan untuk membakar ikan atau apa-apa saja yang melibatkan memasak makanan yang bakar-bakar.


Kebanyakan kita mempunyai aluminium foil ini di dapur dan hanya akan digunakan apabila hendak membakar makanan. Kebanyakan kita tidak tahu bahawa aluminium foil init terdapat pelbagai kegunaan yang hebat.

Disini kami akan berkongsikan lima kegunaan lain aluminium foil.

1. Mengekalkan rasa pizza yang disimpan

Jika anda memesan pizza balik kerumah tedapat lebihan pizza yang tidak habis anda tidak lagi perlu buang. Ramai orang membuang kerana sudah tidak sedap dimakan kalau disimpan. Ikut cara ini, anda bungkuskan pizza tersebut dengan aluminium foil satu persatu dan letakkan didalam peti ais bahagian atas. Biar ia disitu sehingga anda hendak makan semula.



Apabila hendak dimakan anda keluarkan semula dan panaskan ia di dalam oven atau pun kuali selama 10 minit dan hasilnya seolah-olah pizza yang baru dipesan kerana pizza anda masih segar dan elok.



2. Mencuci kotoran degil di bekas makanan anda

Jika dirumah anda tiada penggosok besi untuk mencuci kotoran degil di bekas makanan, ada tidak perlu risau aluminium foil boleh menggantikan penggosok besi anda.


Keronyokkan aluminium foil tersebut dan gumpalakn seperti bola kecil dan anda terus boleh menggunakannya untuk menggosok bekas makanan anda.


3. Mencantikkan semula bingkai gambar lama

Bahan-bahan yang diperlukan.

  • Bingkai kayu lama yang sudah lusuh
  • Aluminium foil
  • Gam
  • Pewarna Metalik
  • Pisau

Sapukan gam di atas sekeliling bingkai bahagian hadapan


Terbalikkan bingkai tersebut atas hamparan Aluminium foil dan biarkan kering


Selepas kering, Potong alumnium foil tersebut dengan pisau ikut bentuk bingkai


Sapu cat bewarna kesukaan anda dia atas aliminium foil tersebut


Dan ini hasinya. Cantikkan


4. Mengasah gunting yang tumpul

langkah ini adalah yang paling senang, anda hanya perlu menggunting Aluminium foil tersebut berulang kali dan hasilnya gunting anda akan menjadi tajam semula


5. Memudahkan anda menggosok baju 

Menggosok baju adalah perkara yang paling ramai orang tidak suka kerana lambat tetapi terpaksa lakukannya.

Kali ini kami akan berkongsi caranya untuk memudahkan anda menggosok baju.


Tanggal sarung kain papan penggosok baju anda dan anda hamparkan aluminium foil di atas papan tersebut dengan membalut keseluruhan permukaannya.

Sarung semula sarung kain tersebut


Anda sudah boeh menggunakannya. Kelebihan cara ini adalah anda tidak perlu berkali-kai mengulang gosok di tempat yang sama kerana haba strika akan memanaskan foil tersebut dan akan membalikkan haba terkena baju anda.

Keadaan ini terjadi seolah-olah anda menggosok kedua-dua bahagian baju depan dan belakang. Selain itu cara ini melancarkan pergerakan strika anda apabila ditolak kerana aluminum foil ini membuatkan permukaan menjadi licin.


6. Membersihkan oven


Penat untuk mengikis sisa makanan yang hangus terjatuh di bahagian bawah oven? Lapiskannya dengan aluminium foil di bawah permukaan oven. Ini akan membolehkan segala air atau sisa makanan tidak melekat di bawah permukaan oven.

7.  Menjadikan sabun buku tahan lama 

Lapikkan sekeping aluminium foil di dalam bekas sabun mandi anda sekaligus akan mengelakkan aliran air yang banyak.

8. Membuat pemantul potrait  


Keadaan permukaan aluinium foil yang meantulkan cahaya sesuai untuk menggantikan pemnatul cahaya yang mahal. Dengan menggunakan kadbod yang dibaluti dengan kertas aluminium foil sebagai pemantul potrait akan menjadikan gambar yang diambil lebih hidup dan cantik!

9. Melancarkan siaran TV 


Sekiranya televisyen ada seperti dalam gambar di mana pemain DVD diletak di atas tv akan menyebabkan siaran tv akan terganggu kerana medan magnet antara kedua-dua alat ersebut bertembung. Untuk mengatasi masalah ini hanya perlu meletak sekeping aluminum foil antara pemain DVD itu dan tv anda.

10. Melembutkan gula perang

Ramai orang memasukkan gula perang ke dalam mikrowave untuk melembutkan isi gula tersebut, namun ini sebenarnya menjadikan gula tersebut semakin mengeras. Jadi, untuk melembutkan gula perang tersebut, cuba balutkan gula perang dengan kertas aluminium foil dan bakar pada 300 darjah (Fahrenheit) selama 5 minit.

Sumber Siakapkeli.com.my

    Read more ...

    Monday, December 01, 2014

    Sebab Mengapa DOKTOR BEDAH Memakai Pakaian HIJAU Waktu Pembedahan


    Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa???

    Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan....

    Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk....

    Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah....

    Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan....

    Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.
    Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor....

    Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor...

    SUMBER : TERENGGANUTIMES.COM
    Read more ...