Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Wednesday, May 06, 2020

Masalah terbesar rakyat Malaysia - Membuat Konklusi Sebelum Membaca.

Sudah lama , saya tidak  menulis artikel berbentuk pendapat saya. Hari ini saya akan menulis tentang masalah yang terdapat pada rakyat Malaysia yang agak merisaukan . Kita tahu yang negara Malaysia ini merupakan negara yang berdemokrasi. Salah satu sifat negara berdemokrasi adalah kebebasan dalam bersuara. Kebebasan bersuara bukan sahaja kebebasan untuk menyampaikan pendapat tetapi ia juga adalah kebebasan untuk mendapat maklumat dan juga kebebasan untuk berpegang kepada sesuatu pendapat.


Tetapi masalah mula timbul apabila wujud berita- berita yang memberikan tajuk yang cukup hangat dan membuatkan para netizen marah. Meskipun tajuk berita tersebut mungkin sebahagian betul, tetapi pembacaan yang lebih mendalam harus dilakukan untuk mereka mendapat gambaran yang lebihnya.


Contoh berita yang memanaskan telinga netizen :

1.Anak Zahid Hamidi tidak kena denda maksimum , hanya didenda RM 800 tetapi Ibu tunggal didenda RM 1000

(Contoh dalam berita ini mereka melakukan konklusi bahawa Nurul Zahid mendapat denda yang lebih rendah adalah kerana dia merupakan anak seorang politikus yang terkenal, tetapi mungkin juga sebenarnya ia dapat denda sedemikian kerana justifikasi yang diberikan ( Menerima jemputan daripada kementerian) , Meskipun tiada info yang menunjukkan sedemikian ,tetapi hujah tersebut digunakan oleh peguam dia)

2.Dihukum mati pertahankan diri daripada dirogol

( Jika sekali baca pasti semua orang akan beranggapan bahawa ia tidak adil untuk mangsa rogol itu melakukan sedemikian, kenapa mereka boleh dijatuhkan hukuman yang berat meskipun dia yang menjadi mangsa sebenarnya. Tetapi terdapat perenggan yang menyatakan bahawa perkara tersebut berlaku adalah kerana persalah tersebut membunuh mangsa pada waktu (timeline dimana dia belum lagi dirogol/ pembunuhan bermotif dan bukannya pembunuhan mempertahankan diri)



Banyak lagi contoh dimana berita, disebabkan hanya membaca tajuk tanpa membaca intipati yang terdapat dalam berita tersebut. Netizen melakukan konklusi dahulu sebelum mendapatkan semua maklumat yang diperlukan dalam membuat konklusi. Ia amat menyedihkan untuk melihat masalah sedemikian berlaku.


Pada pendapat admin seharusnya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah membuat pembacaan yang dalam untuk mendapat konklusi yang lebih adil dan juga nyata. Ini seharusnya dilakukan oleh setiap rakyat Malaysia yang inginkan hidup berdemokrasi. Jika tidak, tiada guna jika seseorang yang mempunyai hak kebebasan tapi tidak menggunakan kebebasan itu dengan berkesan.
Read more ...

Tuesday, April 10, 2018

MATI SEBELUM AJAL (Bahagian 2) Maruah dan kehidupan


 Assalamualaikum dan hai , hari ini Allz nak bincangkan balik pasal ayat "Mati Sebelum Ajal ". Kalau kita lihat balik zaman sekarang ni ,kita dah hilang banyak elemen kehidupan. Di ingatkan semula ,kehidupan bukan semata-mata  nya . Maruah juga merupakan sebahagian elemen dalam kehidupan. Tanpa maruah seorang itu kata dikatakan kehilangan sebahagian daripada kehidupannya.



"When it come to human dignity, we cannot compromises"  (Angela Merkel, n.d.)

  Ayat diatas ,secara terang-terangan menunjukkan betapa pentingnya maruah seseorang dalam diri manusia .Kita boleh lihat dalam dunia sebenar bagaimana ,apabila seseorang itu diambil maruahnya, secara tidak sengaja kita mengambil sebahagian kehidupannya. Kerana seseorang manusia layak untuk hidup dengan bermaruah.

   Bila sebut pasal maruah , ia amat berkaitan dengan harga diri . Untuk lebih pengetahuan tentang harga diri Boleh baca (Artikel ini).

   Sesetengah manusia sanggup mengadaikan maruah mereka untuk mendapatkan benda yang lain yang penting dalam kehidupan . Kehidupan ini terdiri daripada elemen-elemen yang dinyatakan dalam (bahagian 1). 

   Allz akan gabungkan topik ini kedalam artikel baru yang berkaitan tentang harga diri.


  

Read more ...

Friday, March 09, 2018

Harga Diri : Bagaimana ingin diketahui Harga Diri Manusia.

    Assalamualaikum dan Hai ,hari ini Allz nak cakap pasal harga diri. Sesetengah manusia sekarang ni merasakan diri mereka sudah tidak mempunyai harga diri . Mereka merasakan bahawa diri mereka tidak berharga . Persoalannya siapa yang memberi harga diri kepada seseorang itu , adakah daripada individu yang lain ataupun daripada diri sendiri. Nilai diri itu terletak pada siapa . Adakah pada individu ataupun daripada pandangan majoriti masyarakat .

    Untuk menjawab persoalan ini Allz nak korang menggunakan analogi dengan menggantikan nilai diri dengan nilai barang. Seperti kita tahu nilai diri ini boleh diperolehi melalui diri sendiri ataupun masyarakat . Kalau kita guna analogi diatas . Kita boleh boleh menilai diri kita tinggi , tetapi orang lain mungkin menilaikan diri kita sebagai rendah . Tapi nilai mana yang kita nak ikut .
1.      Nilai yang diperolehi daripada diri sendiri (Muhasabah dan refleks diri)
2.      Nilai yang diperolehi daripada individu lain (Bertanya kepada orang lain tentang diri kita)

    Nilai yang kita akan dapat akan berlainan kerana setiap orang mempunyai nilai tersediri terhadap diri kita . Contoh jika kita lihat melalui analogi barang, barang A mungkin hanya bernilai RM10 di mata Individu B tetapi jika dari sudut pandangan Individu C nilai barang A adalah bernilai RM15 . Meskipun barangan tersebut merupakan barangan yang sama , tetapi disebabkan ditanya atau dipandang dari sudut pandang yang berbeza oleh dua individu berbeza, maka keputusan yang diperolehi adalah berlainan

    Kita boleh lihat bagaimana ,nilai nyawa sesetengah manusia juga boleh dipandang dari sudut berbeza. Contohnya, Allz bagi dua contoh berbeza

Contoh pertama: Seorang Artis mati dan berita tersebut diketahui oleh 10,000  orang yang sama dan meskipun artis tersebut tidak mempunyai pengaruh keatas 10,000 orang itu. Tetapi 10,000 itu masih meratapi atau menyebarkan tentang kematiaan artis tersebut. Nilai seseorang yang mati tinggi kerana orang kisah akan kematiannya.

Contoh kedua : Seorang individu yang tidak dikenali , hanya rakyat biasa . Tetapi berita kematiannya tetap diketahui oleh 10,000  orang yang sama mendengar tentang kematiaan artis tersebut. Tetapi kita boleh lihat tindak balas 10,000 orang tidak akan membuat reaksi yang sama apabila berlakunya kematian artis tersebut. Nilai rakyat biasa itu rendah , kita boleh lihat melalui reaksi 10,000 orang tersebut

    Jadi apakah faktor yang mempengaruhi nilai seseorang itu dimata dunia.
1.      Terkenal/ atau dikenali
2.      Kekayaan
3.      Keturunan
4.      Kecantikan

    Kita boleh lihat faktor diatas itu merupakan faktor itu untuk menilai seseorang , Macam kita tahu dalam Hadis Nabi sendiri tidak pernah menafikan bahawa untuk mencari isteri kita akan menilai faktor-faktor tersebut . Tetapi dalam hadis tersebut sebaiknya kita memilih agama . Tetapi hari ini Allz nak buat satu pemberat untuk menunjukkan sifat manusia yang nyata bahawa kita sebagai manusia akan menilai orang daripada faktor yang dinyatakan diatas. Itu merupakan satu modus operandi yang digunakan untuk seseorang itu untuk dinilai. Benda ini sudah terjawab dengan teori “Halo Effect” seseorang akan memberi layanan lebih baik kepada sesesorang yang mempunyai dan memenuhi faktor diatas. Seseorang itu akan dinilai daripada luar untuk dinilai oleh orang ,dan inferens yang boleh dilakukan adalah apabila seseorang itu dilayan dengan baik maka, nilai dirinya dimata seseorang itu adalah lebih baik. Dalam penilaian kita tahu penilaian daripada luaran dan dalaman .



Sambungan Bahagian 2

Allz akan terangkan tentang Halo Effect dan Sifat Asas Manusia , menilai
Read more ...