Saturday, January 20, 2018

MATI SEBELUM AJAL (Bahagian 1)


Mati Sebelum Ajal

    Assalamualaikum dan hai, Allz pernah terdengar tajuk mati sebelum ajal . Jadi Allz pun berfikir sama ada mustahil atau tidak untuk seorang manusia mati sebelum ajal. Bila Allz “google” dekat internet tentang mati sebelum ajal, banyak artikel yang berkaitan tentang bunuh diri . Bolehkah atau tidak seseorang itu mati sebelum ajalnya ? Allz anggapkan orang yang melakukan perbuatan bunuh diri juga sebagai ajalnya untuk dia mati dia tangan sendiri. Tapi perkara yang penting Allz nak bincangkan adalah bolehkah untuk seseorang itu mati sebelum ajalnya .

    Sebelum kita pergi lebih jauh kita kena bedah dulu perkataan mati. Bila kita tanya dekat sesiapa saja didunia ini apakah kata berlawanan bagi kematian,jawapan yang cukup mudah iaitu kehidupan akan kita dengar . Bila Allz mencari definisi kepada perkataan ini “kehidupan” , banyak definisi yang diberikan daripada pelbagai perspektif contohnya perspektif agama , biologi dan juga falsafah . Contohnya dari segi biologi,hidup adalah benda yang boleh membesar ,mebiak dan melakukan tindak balas kepada sesuatu benda baru . Tetapi hari ini Allz akan bincangkan definisi kehidupan dalam perspektif falsafah .

Kehidupan boleh dibahagikan kepada 3 kompenan utama iaitu 
1. Kebolehan untuk memilih secara bebas
2. Mempunyai keinginan kehidupan yang bermakna
3. Mempunyai makna dalam kehidupan

       Berapa ramai dekat dunia zaman sekarang ni mempunyai kebolehan untuk memilih secara bebas tanpa halangan , cukup sedikit . Bila kita cakap pasal mati sebelum ajal, seseorang itu seperti mayat hidup jika semua keputusan telah ditetapkan , dia tidak boleh memilih apa-apa dalam hidupnya . Maka kita boleh katakan orang itu sudah menjadi mayat hidup . Kita tidak boleh nafi ramai manusia kat dunia sekarang ni sudah tiada pilihan dalam hidupnya ,semuanya sudah diaturkan oleh seseorang individu yang lain . Jadi hidupkah kita ?


Selain itu,berapa ramai dalam dunia ni yang inginkan makna dalam hidup mereka , Allz tak boleh tipu sekarang ni bila kita pandang manusia,kita hanya melihat robot yang sudah di setkan untuk menjalani rutin hidup yang tidak bermakna . Kita tiada tujuaan yang akhirnya kita nak kemana . Kita hanya hidup sekadar untuk hidup . Banyak contoh kita dapat lihat , kita boleh tengok dekat negara berperang macam mana nyawa dipandang sangat sangat murah, mereka kebanyakannya hanya teruskan hidup kerana itu hanya pilihan yang ada . Mereka terus hidup dalam kesakitan dan ketakutan tanpa tahu keinginan mereka untuk mencari hidup yang bermakna . Adakah kita boleh kata mereka itu masih hidup ? Jawapan nya tepuk dada tanya diri sendiri . Hidupkah mereka ?

Last sekali , bila kita cakap pasal makna dalam hidup , apa yang kita nak capai . Kalau kita tiada point untuk hidup , kita hanya menjalani hidup kerana itu yang sepatutnya dilakukan . Adakah kita rasa kita hidup ? Bangun pagi melihat dunia yang kejam dan tutup mata dan lena untuk merehatkan diri untuk masa yang sementara sebelum kita harus bersedia untuk menghadapi dunia kejam ini semula. Macam roda kan sentiasa berpusing tanpa tujuan yang nyata . Matlamat hanya untuk hidup . Tanpa makna ,hanya kekosongan . Jadi hidupkah kita?

-Allz


No comments:

Post a Comment