Saturday, January 20, 2018

Agama sebagai sauh kemoralan masyarakat (bahagian2)

    Assalamualaikum atau hai semuanya, hari ini Allz nak sambung bahagian kedua. Dulu sebelum wujudnya undang-undang ,agama dan nilai moral menjadi salah satu alat untuk menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu perkara yang teruk. Agama dan nilai moral cukup dekat antara satu sama lain. Durkheim seorang ahli akademik pernah berkata bahawa agama merupakan salah satu punca utama kepada undang-undang ,nilai moral ,sains dan juga falsafah. Ikatan antara nilai moral dan juga agama amat kuat .

    Kita boleh lihat bagai mana kebanyakan agama sudah mengariskan ,apakah perbuatan yang tidak bermoral dan juga perbuatan yang bermoral . Ia jelas menunjukan bagaimana nilai moral sudah diikat kuat dengan undang-undang agama yang diturunkan oleh tuhan. Contoh yang cukup mudah bagi umat Islam adalah ayat yang melarang manusia untuk berzina, dalam ayat itu tuhan telah menerangkan bagaimana perbuatan zina merupakan perbuatan yang buruk .



وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS.Al Israa. ayat 32)

   Bukan setakat agama Islam ,malah agama lain juga menegah kita daripada melakukan perbuatan zina . Disebabkan agama telah menegah perbuatan ini , maka siapa yang melakukan perbuatan  'pre marital sex' maka ia dikatakan sebagai perbuatan yang tidak bermoral kerana kita tahu bagaimana agama yang telah melarang perbuatan ini seterusnya, menjadi kayu ukur untuk mengukur sama ada perbuatan itu adalah perbuatan yang bermoral atau pun tidak.Tetapi sayang sekali , pada zaman ini ramai sudah tidak mengikuti agama menyebabkan sauh yang selama ini memegang teguh nilai moral seseorang itu telah dihanyut dengan ideologi yang lebih liberal. Ramai orang sudah membawa ideologi anti-religion atau lebih senang dikatakan sebagai atheis ,dan apabila perkara ini berlaku kita boleh lihat bagaimana ramai sudah menurunkan 'standard' nilai moral mereka.

   Lepas ini Allz akan menceritakan kenapa ia adalah perkara yang buruk untuk memutuskan agama sebagai nilai moral kita .

Agama sebagai sauh kemoralan masyarakat (bahagian1)


   



No comments:

Post a Comment