Wednesday, December 27, 2017

Kita 'Manusia' Mencari hukum untuk menyenangkan / memudahkan hukum

Assalamualaium, atau selamat pagi , Allz cuma nak cita satu pandangan yang cukup tidak menarik dan cukup berdosa untuk dibincangkan .Bila kita sebut pasal hukum ,pertama yang kita akan fikir adalah haram dan halal.Sebelum kita masuk topik ini ,Allz mintak korang buka pemikiran korang dan cuba pemikiran baru ini. 



Allz cuma ada satu idea bahawa manusia pada hari berminat untuk mencari hukum ,bukan kerana untuk mempelajari atau menambah ilmu. Tetapi hanya untuk mencari hukum yang termudah di dalam kehidupan agar dia mendapat satu pengiktirafan daripada ulama' atau agamawan untuk melakukan sesetengah perkara yang tidak enak didengar.



Untuk bagi korang faham dengan mudah , nah Allz tunjukan satu gambar 

Gambar Ini menunjukan soalan yang banyak ditanya. Apabila Allz cuba cari perkataan yang bermula daripada 'ber' yang itu menunjukkan kata kerja. Benda ini keluar dalam carian kerana banyak ditanya.

Allz tanya kat korang pernah atau tidak korang mencari hukum yang paling mudah untuk korang berkaitan dengan kapel ? Semasa zaman 'jangan kapel kerana kapel itu haram' Pernah atau tidak ? . Ramai kapel-kapel islamik (term yang dibuat mereka sendiri) mencari hukum agar keislaman mereka diorang tidak tercabar . Kita tak boleh nafi , kita manusia lebih suka mencari benda senang .Kalau ada hukum yang cukup mencurigakan daripada ulama yang kita tak pernah dengar, kita lagi sanggup guna hukum ulama itu kerana ia lebih mudah , walaupun ada timbul keraguaan.


Ayat kat atas tu bukan Allz nak merendahkan mana-mana ulama , tapi Allz nak tunjukkan kemungkinan jika perkara itu betul berlaku , manusia akan mencari yang paling senang . Sehingga ada yang haram akan boleh menjadi yang halal . Kita manusia walaupun ada yang jujur untuk mencari ilmu tetapi ada juga yang dalam hati dia untuk mencari yang termudah dan yang paling banyak menyebelahi korang 


Contoh kedua , bila kita sebut isu rokok. Jika sembilan puluh sembilan ulama kata rokok tu haram , dan ada seorang ulama kata rokok itu harus. Korang lagi sanggup meletakkan keyakinan kepada satu ulama daripada 1 ulama kerana ia lebih memudahkan korang . Korang akan berpegang pada pendapat 1 ulama itu daripada menerima pendapat 99 ulama yang lain. Kerana korang nak yang muda

Pembuktiaan yang Allz nak tunjukkan kat sini , ramai manusia hari ini tak jujur pun nak menuntut ilmu agama, bila Allz sebut pasal ramai ,ini disebabkan peratusan yang jujur dan yang tidak jujur cukup luas. Kita kena masukkan dengan'ustaz segera'dan'keyboard warriors' dalam perkiraan ini dan makhluk-makhluk inilah yang menyebabkan jurang antara yang jujur dan yang tak jujur bertambah

-Allz

No comments:

Post a Comment