Sunday, October 22, 2017

Wechat Pemangkin kepada masalah sosial di Malaysia

Aplikasi :Wechat


    Wechat merupakan salah satu aplikasi media sosial yang cukup terkenal di Malaysia. Kita tidak boleh nafikan bahawa setiap benda ada keburukan dan kebaikannya. Tetapi apabila kita melakukan timbang tara antara kebaikan dan keburukan aplikasi Wechat ini. Kita harus bersetuju bahawa Wechat merupakan pemangkin masalah sosial di Malaysia

     Kita boleh lihat daripada sifat keterbukaan yang ada pada aplikasi ini  sehingga ia menjadi cukup mudah untuk mengenali orang baru tanpa bertemu sekali pun. Seperti sedia maklum ,wechat mempunyai kemudahan seperti :

      Mencari kawan melalu pesanan ringkas melalui botol , selain itu aplikasi ini juga memberikan anda untuk mengenali orang baru disekeliling anda. Pada hari ini saya bukan nak menafikan kebaikan apliksi ini . Tetapi disebabkan sifat keterbukaan yang melampau ,menyebabkan ia menjadi medium untuk ' Sex Predator ' mencari mangsa.

      Kalau kita lihat lihat kes terhadap statistik serangan terancang terhadap kanak-kanak . Wechat menjadi juara dengan bilangan 138 kes . 138 Kes yang berkaitan dengan aplikasi ini menunjukkan bagaimana ,aplikasi ini mampu menjadi pemangkin kepada masalah sosial di Malaysia.

       Memang tiada kayu ukur untuk kita kira masalah sosial . Tetapi cukup lah dengan adanya peningkatan terhadap serangan seksual cukup membuktikan bahawa terdapat masalah sosial. 






     
video yang menjadi inspirasi kepada admin ,menunjukkan masalah ini semakin membarah

No comments:

Post a Comment