Monday, February 06, 2017

'U.S. akan berperang dengan China dalam 5 tahun?' amaran daripada seorang pakar



China telah menuduh tindakkan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Donald Trump telah meningkatkan risiko dalam kestabilan di Timur Asia .China meminta supaya pentadbiran Donald Trump tidak memasuk campur dalam urusan China dan Jepun dalam perbalahan hak milik Pulau Daoyou.

Tindakkan Trump yang masuk campur dalam konflik itu boleh membawa kepada konflik yang lebih besar antara Amerika Syarikat dan China

China juga menggesa supaya Amerika Syarikat tidak masuk campur dalam urusan ini . Jika perkara dan konflik ini berlarutan , peperangan tidak dapat dihalang akan berlaku dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang.

Diramalkan dalam peperangan ini , negara komunis itu akan dikalahkan dalam peperangan tersebut ,tetapi negara Amerika Syarikat akan menanggung kehilangan nyawa yang banyak dan juga kemusnahan dalam peralatan tentera


Bagi admin tinddakan Amerika Syarikat yang masuk campur dalam perbalahan negara ini dapat menjadi punca kepada perang dunia ketiga yang bakal berlaku dan akan digelar sebagai Great War. Semoga dunia kita akan terus aman

2 comments:

Elysya gemuk

  1. keadaan pasti akan menjadi lebih buruk, sebab kesanya bukan setakat menimpa negara-negara yang terlibat dengan peperangan itu sahaja malah akan menyebabkan negara miskin bertambah miskin dan mana-mana golongan yang tertindas akan terus menderita

    ReplyDelete
  2. melihat kepada iklim ekonomi semasa dan kalau kita tinjau balik masa lampau peperangan mungkin boleh dianggap sebagai mekanikal sesuatu kuasa besar untuk mengaut keuntungan dalam bidang penjualan senjata atau lain-lain yang berkaitan dengan persenjataan. Ye lah kalau dunia aman tak laku lah industri persenjataan. Dunia dapat melihat Negara-negara Pengeluar Senjata Utama Dunia meraih keuntungan besar setiap kali berlaku Pergolakan bersenjata samada dalam bentuk peperangan/pemberontakan atau yang seumpama dengannya. Yang sentiasa menjadi mangsa adalah golongan yang lemah

    ReplyDelete