Thursday, February 02, 2017

Pentadbiran Trump akan disaman oleh seorang doktor Syria

Visa seorang Doktor yang dihalang masuk ke 
Amerika Syarikat

 Pada pagi ahad 31 Januari Dr. Amer Al Homssi dengan tiketnya pergi ke Lapangan terbang antarabangsa Abu Dhabi untuk balik ke rumahnya di Chicago. Dia yang terbang keluar daripada Chicago untuk meneruskan perkahwinannya ,dihalang masuk semula dan pulang ke rumahnya di Chicago setelah 11 hari berada diluar Chicago.

  Dr. Amer Al Homssi yang lahir di Syria membawa passport Syria, disebabkan dia membawa passport Syria dia telah di halang untuk menaikan pesawat untuk pulang kerumah nya di Chicago . Dia yang bekerja sebagai doktor di Universiti Illinois dihalang untuk pergi ke rumahnya. Walaupun dia mempunyai Visa Amerika Syarikat untuk bekerja ,tetapi dia tetap dihalang untuk menaiki pesawat tersebut.

  Dr. Amer Al Homssi yang perlu pulang ke rumahnya untuk menghadiri kerja pada esok hari dihantar ke imigrasi Amerika Syarikat untuk mendapat pengesahan . Walaupun dia telah diperiksa dan terbukti bahawa dia tidak berbahaya tetapi tindakkan drastik telah dilakukan terhadap beliau . Visa yang telah diberikan kepada pihak berkuasa telah dibatalkan dengan tulis berdakwat warna hitam.

  Dia yang sepatutnya balik ke rumahnya untuk merawat pesakitnya terpaksa duduk di Abu Dhabi bersama peguamnya . Peguamnya bersedia untuk membuktikan bahawa dia sepatutnya layak untuk masuk ke negara tersebut kerana beliau mempunyai Visa dan juga beliau mempunyai kepentingan untuk hadir ke hospital untuk merawat pesakitnya .

  Akhirnya pada hari rabu yang lalu dia berjaya untuk masuk ke negara tersebut melalui Lapangan Terbang Abu Dhabi dengan bantuan peguamnya


No comments:

Post a Comment